Categories
SELANGOR

Permohonan sijil halal meningka 500% sejak 2012

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 31 JUL: Permohonan pensijilan halal di Selangor meningkat hampir 500 peratus sejak 2012 melalui penambahbaikan pengurusan halal dari semasa ke semasa.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata permohonan yang sebelumnya hanya 250 setahun bertambah kepada sekitar 1,200 sejak beberapa tahun lalu.

HalalFest Masjid Negeri -MB (7) (1)Katanya pengurusan sijil halal yang menjadi tumpuan ramai pada masa kini juga adalah jauh lebih baik berbanding 10 atau 20 tahun lalu.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Negeri-Negeri berjaya mencapai kemajuan dalam kerjasama pengurusan pensijilan halal dari tahun ke tahun, antaranya penggunaan sijil dan logo halal yang seragam di seluruh negara.

“Kerjasama JAIS dan JAKIM dalam pensijilan halal dilaksanakan melalui penggunaan aplikasi sistem atas talian e-halal sejak 2012 yang banyak membantu menambahbaik pengurusan sedia ada,” katanya pada Majlis Perasmian Halal Fest Selangor di Masjid Negeri, malam tadi.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd Adzib Mohd Isa.

Mengulas lanjut, Haris berkata sebanyak 873 sijil pengesahan halal yang dikeluarkan masih aktif di Selangor, manakala 25 sudah dibatalkan atau ditarik kelulusannya.

Katanya pihak JAIS turut memberi tauliah menyembelih kepada 457 individu bagi tujuan komersil.

“Penambahbaikan terkini di JAIS adalah penubuhan Bahagian Pengurusan Halal pada Mei lalu yang dikhususkan terhadap hal ehwal pengurusan halal di negeri ini,” katanya.

Halal Fest yang berlangsung sehingga 2 Ogos ini bertujuan mempromosi produk yang mendapat pengesahan halal, di samping meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan produk berkenaan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Seminar Eksekutif Halal, Seminar Yakini Halal Malaysia, Karnival Sukan Rakyat dan demonstrasi produk halal.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.