Categories
SELANGOR

PKNS bangun perumahan di empat lokasi baru

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 31 JULAI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memfokuskan 37 Projek Mampu milik melibatkan 10,587 unit dengan subsidi perbelanjaan RM 434.7 juta untuk tahun ini hingga 2019.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, berkata antara projek yang bakal dilaksanakan adalah pembangunan hartanah seperti banglo, rumah berkembar dan rumah teres di pusat pertumbuhan baru PKNS seperti Shah Alam, Antara Gapi, Kota Puteri dan Bernam Jaya.

tuan Haji PKNS a“Bagaimanapun, polisi pembangunan PKNS bagi pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik adalah 38 peratus, kos sederhana (47%) dan kos tinggi (15%) masih dikekalkan.

“Pusat pertumbuhan baru yang akan mula aktif pada tahun ini di Taman Sains Selangor 2 (SSP2), Cyberjaya mempunyai kawasan seluas 1,300 ekar berfungsi sebagai bandar mesra alam dijangka akan menarik minat pelabur domestik dan asing,” katanya.

Azlan berkata, projek itu bertujuan membantu rakyat Selangor khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri untuk terus memberi komitmen bagi membina lebih banyak projek mampu milik di Selangor,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.