Categories
SELANGOR

Sukan ekstrim belia di USJ 23 Ogos

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menganjurkan Program Sukan Ekstrim Belia MPSJ 2015 sempena memperkenalkan dan mempromosi laman sukan majlis itu kepada masyarakat.

Yang Dipertuanya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata MPSJ sebelum ini menaiktaraf beberapa padang awam kepada laman sukan yang mempunyai gelanggang bola sepak, futsal, sepak takraw dan papan luncur.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)Katanya, karnival sukan itu akan diadakan di Laman Sukan USJ 1, bermula jam 8 pagi hingga 9 malam, pada 23 Ogos ini.

“Empat lokasi laman sukan yang dinaiktaraf adalah USJ1, USJ14, Putra Heights dan Sungai Besi Indah, Seri Kembangan,” katanyanya, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, sukan ekstrim yang akan diadakan itu membabitkan pertandingan bola keranjang ‘3 on 3’, bola sepak sebelah, ‘Pocket Bike’, papan luncur dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Pertandingan Bola Keranjang ‘3 on 3’ terbuka kepada lelaki dan wanita. Manakala ‘Pocket Pike’ terbuka kepada lima kategori antaranya ‘New Beginner’ (Bawah 9 tahun), Rokie (Bawah 10 tahun), Novies (Bawah 12 tahun), Expert (Bawah 17 tahun) dan Open Master (Atas 18 tahun).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.