Categories
NASIONAL

PKR dah hidu Muhyiddin tersingkir empat hari lalu

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah dapat menghidu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata pengguguran Muhyiddin adalah ‘suatu kejadian besar bakal berlaku dalam masa terdekat’ yang dinyatakan oleh beliau dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam ucapan masing-masing, pada 24 Julai lalu.

Kenyataan itu dilakukan kira-kira empat hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan kabinet.

tian chua pc pkr 01“Ya, memang ini yang kami maksudkan masa itu, perpecahan dalam Umno akan menyebabkan sama ada Muhyiddin dilucutkan atau Najib sendiri disingkir.

“Kita dah pantau keadaan ini agak lama dan dalam isu 1MDB terdapat suara berbeza dikeluarkan pemimpin Umno.

“Kita juga lihat tingkah laku Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ‘mengambil’ orang tertentu ketika siasatan yang menyulitkan lagi situasi Najib,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, Najib ‘terpaksa’ mengambil langkah itu bagi menyelamatkan dirinya dalam siasatan skandal 1MDB dan kedudukan sebagai Perdana Menteri.

MB AzminTerdahulu, Mohamed Azmin dan Tian Chua dalam ucapan masing-masing pada program Jelajah Amanat Presiden di Dewan Sri Siantan, Kuala Selangor menyatakan ‘sesuatu yang besar akan berlaku dalam masa terdekat ini’.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, beliau dimaklumkan kejadian yang bakal berlaku itu oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat pemimpin itu pada hari sama.

Dato’ Menteri Besar Selangor itu dalam ucapannya juga menyeru ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan perubahan kuasa politik dalam masa terdekat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.