Categories
SELANGOR

Speaker: Umno-BN terus gagal kemuka Ketua Pembangkang

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 31 JUL: Umno Barisan Nasional (BN) sehingga kini masih gagal mengemukakan calon untuk Ketua Pembangkang di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, pelantikan ketua pembangkang bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor adalah berikutan persidangan DUN negeri itu selepas peraturan baru tetap mewajibkan ketua pembangkang dilantik bagi jawatan itu.

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (3)“Namun hingga ke hari ini tiada calon ketua pembangkang yang diberi oleh BN.

“Terpulang kepada BN jika masih enggan memberi calon pilihan untuk ketua pembangkang kerana yang penting adalah peraturan tetap DUN perlu dilaksanakan,” kata kepada Selangor Kini.

Kerusi ketua pembangkang DUN Selangor kini kosong selepas Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias melepaskan jawatan itu kerana menolak pelantikannya sebagai pengerusi PAC.

Hannah berkata, memandangkan BN tidak mahu menjadi pengerusi PAC, Adun Sekincan, Ng Suee Lim dilantik sebagai pengerusi PAC dan kini menjalankan tugas.

“DUN yang berlangsung pada 17 Ogos ini tetap diteruskan walaupaun tiada ketua pembangkang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.