Categories
NASIONAL

Sumbangan kecil namun besar buat rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

TAMPIN, 6 JUL: Bantuan dicurah kepada rakyat melalui program Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat jelas memberi impak positif dalam keadaan menempuh kehidupan yang terbeban dengan harga barangan kian meningkat.

Ketua Cabang PKR Tampin, Kapten Zulkifli Kassim, berkata keadaan makin terasa dalam Ramadan dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.

Jelajah Ramadan“Sumbangan sebegini diharapkan masyarakat yang mana keprihatinan ditunjukkan Kerajaan Selangor menjadikan hubungan ini akrab antara kerajaan dan rakyat.

“Kita berharap lebih banyak bantuan dapat diberikan pada masa depan dan berdoa dilimpahkan lebih banyak rezeki kepada Kerajaan Selangor,” katanya.

Zulkifli berkata, hamper diterima diagihkan kepada lima cabang PKR iaitu Tampin, Jempol, Jelebu, Teluk Kemang dan Kuala Pilah untuk diserahkan kepada golongan sasaran.

Penyerahan 100 hamper disempurnakan Pegawai Khas Ahli Parlimen Teluk Kemang, Zulkifli Mohammad kepada Zulkifli dalam majlis ringkas berkenaan.

Pemberian hamper menerusi program anjuran pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor adalah usaha membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi ketika ini.

Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat bergerak ke selatan selepas misi ke utara pada 2 hingga 4 Julai dengan menjelajah ke semua 31 lokasi di seluruh Semenanjung sehingga 10 Julai.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.