Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Fokus isu rakyat & tumbangkan BN

Oleh: AFIX REDZUAN

PAUH, 26 JUL: PKR mengambil pendirian untuk tidak masuk campur terhadap perbezaan politik melibatkan PAS dan DAP sebaliknya terus menumpukan masalah rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR bersedia bekerjasama dengan gabungan baru demi menumbangkan Barisan Nasional (BN).

PAKATAN RAKYATBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelan perancangan PKR menghadapi situasi politik masa hadapan Pakatan Rakyat (Pakatan).

“Kita bersama gabungan baru menentang Barisan Nasional (BN). Ini soal nasional dan kita bekerjsama dengan platform kerangka kerja dipersetujui bersama,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Majlis Pimpinan PKR Negeri Perlis.

Menyentuh soal kerjasama bersama NGO Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Wan Azizah menjelaskan adalah tidak matang bagi PKR sekiranya mengulas isu berkenaan sekarang.

Menurutnya, PKR terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk NGO memandangkan sebelum itu mereka pernah menjalin hubungan dengan Bersih 2.0 dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.