Categories
NASIONAL

Papan tanda disimbah cat: “Ada masih sayang GST?”

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 JUL: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyindir individu yang menyimbah cat merah di papan tanda kawasannya sebagai ‘kawan baik’ Datuk Ahmad Maslan.

Dalam Laman Sosial Facebooknya, Rafizi memuatnaik gambar papan tanda yang disimbah cat merah dan mengkritik perbuatan menyokong perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Rafizi PapanPapan Tanda yang dinaikkan di kawasan Pandan itu tertera wajah Rafizi dengan slogan ‘GST bebankan hidup rakyat’ dan ‘Saya akan terus bantah GST di Parlimen’ itu disimbah cat merah petang semalam.

“Sebulan lalu saya naikkan papan tanda mengingatkan warga Pandan bahawa saya akan terus lawan GST di Parlimen.

“Tidak sampai sebulan sudah disimbah cat merah.

“Masih ramai yang sayang dengan GST… boleh jadi kawan baik Datuk Ahmad Maslan!,” sindir Rafizi.

Sementara itu, pengguna Facebook rata-rata mengkritik perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu.

Aron Tongkai berkata beliau tidak menyangka ramai rakyat Malaysia sudah kaya raya dan menyukai perlaksanaan GST.

“Tapi bagi segelintir saja yang masih miskin yang menolak GST termasuk diri saya YB Rafizi.

“Kami yang miskin ini memerlukan seorang pemimpin mcm YB yang perhatin terhadap masalah yang kami tanggung. ‘Salute’ YB Rafizi,” katanya.

Bagi Pengguna yang menggelarkan diri Kerusi Rotan pula ia merupakan dugaan dalam memperjuangkan rakyat.

“Dugaan datang dengan berbagai cara..teruskan dan kami sentiasa berada di belakang…GST memang menyusahkan semua…makan minum..pun depa nak kutip GST juga,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.