Categories
SELANGOR

418 unit Rumah Selangorku Kampung Seri Temenggung menjelang 2019

Oleh: NAEEM RAFFI

GOMBAK, 14 OGOS: Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini melancarkan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) Idaman PKNS Kampung Seri Temenggung yang bakal berada di pasaran pada suku kedua 2019.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata projek Rumah Selangorku terbaru itu adalah komitmen berterusan Kerajaan Negeri bagi memenehuni permintaan tinggi rakyat.

“Berdasarkan keadaan nilai ringgit merosot dengan suasana ekonomi gawat hari ini, maka permintaan Rumah Selangorku bukan sahaja mendesak kepada mereka berpendapatan rendah tetapi juga meningkat dalam kalangan mereka berpendapatan sederhana.

sri gombak 5“Sekali lagi, Kerajaan Negeri menyambut cabaran ini untuk membina lebih banyak Rumah Selangorku dan sudah tentu peranan PKNS amat besar selaras dengan matlamat asal penubuhannya menjana pertumbuhan baru serta mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, di sini.

Hadir sama, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad; Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah dan Pengarah Eksekutif LPHS, Norzaton Aini Mohd Kassim.

Projek terbaru PKNS itu membabitkan Pangsapuri 12 tingkat dengan 418 unit yang bakal dijual bermula pada harga Rm165,000 seunit mengikut keluasan tapak.

Sementara 29 unit diperuntukkan khas kepada 29 peneroka asal Kampung Seri Temenggung pada harga RM65,000 seunit dan 10 unit lagi dikhaskan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).

sri gombak 3Setiap unit bakal menampilkan reka bentuk moden dengan keluasan lantai 850 kaki persegi (kps) serta dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Kalau teliti harga pasaran, rumah seumpama ini bernilai lebih RM300,000 seunit. Maka, mereka yang memiliki Rumah Selangorku ditetapkan untuk tidak menjual hartanah itu sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun kerana kita tidak mahu sebarang spekulasi hartanah sehingga menyebabkan harga tidak dapat dikawal,” katanya.

Sebelum ini, PKNS melancarkan 1,977 unit rumah mampu milik di lima kawasan berbeza seperti di Bukit Botak, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Antara Gapi, Seksyen U12 di Shah Alam serta Seksyen 5, Kota Puteri.

Daripada jumlah itu, 1,546 unit siap diduduki, manakala lagi masih dalam proses pembinaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.