Categories
SELANGOR

Adun mahu kemudahan futsal, bola jaring dipertingkatkan

Oleh: NAZLl IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 OGOS: Kerajaan Negeri perlu memberi tumpuan terhadap peningkatan kemudahan sukan futsal dan bola jaring bagi memastikan keperluan sukan itu dapat memenuhi permintaan semakin meningkat.

Beberapa Adun yang ditemui berkata, ini berikutan dua sukan terbabit paling banyak mendapat sambutan masyarakat di kawasan masing-masing.

“Pada masa sekarang di Seri Serdang ada satu gelanggang futsal bagi setiap zon yang jumlah kesemua adalah sembilan.

YB Amir rasmi PLUS futsal DUN MERU (ASRI)“Memandangkan sambutan yang baik kami sedia tambah sekiranya terdapat permohonan di kawasan yang sesuai,” kata Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail kepada Selangor Kini hari ini.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman pula berkata, selain gelanggang futsal yang perlu diperbaiki, beliau juga menggesa supaya pembinaan stadium mini di Paya Jaras disegerakan.

“Banyak gelanggang futsal mengalami kerosakan terutama pagar berlubang dan simen yang dah pecah.

“Selain itu, disebabkan peruntukan dah diluluskan, saya memohon kerja membina mini stadium disegerakan supaya dapat dimanfaatkan belia di sini,” kata Mohd Khairuddin.

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail pula menggesa Kerajaan Negeri memberi tumpuan bagi menyediakan gelanggang bola jaring.

“Selain futsal kita juga perlu ada gelanggang bola jaring untuk kemudahan wanita bersukan yang agak kurang.

“Di Batu Tiga kita juga perlukan kawasan lapang seperti taman untuk kemudahan keluarga dan masyarakat setempat bersantai di petang hari sambil bertukar-tukar fikiran,” kata Rodziah pula.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.