Categories
NASIONAL

Tumbangkan Najib di tengah pemerintahan

Oleh: AFEEQA AFEERA

IPOH, 13 OGOS: Pimpinan PKR menggesa rakyat dan semua anggota di peringkat akar umbi supaya bersatu menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah pentadbirannya.

Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin, berkata walaupun tindakan itu disifatkan tidak demokratik, namun ia bukan sesuatu yang luar biasa dalam pemerintahan negara.

“Kita harus akui dalam politik Malaysia, perdana menteri itu diturunkan di tengah-tengah pemerintahan selepas pilihan raya seperti Tunku Abdul Rahman diturunkan dua tahun selepas itu.

IMG_3751“Tun Abdul Razak kalau tidak meninggal dunia, beliau akan diturunkan pada 1977 atau 1978, begitu juga Tun Hussien Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Apa salahnya kita turunkan Najib di tengah-tengah pemerintahan beliau,” katanya pada Jelajah Amanat Presiden peringkat Perak di Hotel Kinta Riverfront, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, strategi terbaik yang boleh digunakan adalah terus menyerang ketirisan pentadbiran Najib dan mengambil kesempatan terhadap kegoyahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Shaharuddin berkata, reputasi parti itu kini berada di tahap paling lemah dan tidak pernah dalam sejarah seorang perdana menteri hilang populariti begitu tinggi seperti Najib.

“Sokongan perdana menteri hanya dari Umno bukan daripada rakyat, jadi kebencian orang ramai terhadap parti itu harus diambil kesempatan.

“Tidak pernah perdana menteri terima ‘derma’ RM2.6 bilion dan dikatakan ia sah dari segi undang-undang kerana 30 tahun saya menjadi menjadi pendidik, hatta RM10 masuk akaun sendiri sahaja sudah salah dari akta pemerintahan yang baik,” katanya.

tian chua pc pkr 01Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata sudah tiba saat kritikal untuk rakyat menyaksikan perubahan besar dalam pentadbiran negara memandangkan sistem sedia ada tidak lagi relevan.

Katanya, Najib bukan sahaja runtuh daripada segi moraliti, bahkan turut meruntuhkan ekonomi negara.

“Sekarang, nilai ringgit terlalu rendah. Saya jangka apabila 1USD mencecah RM4.30, Najib akan jatuh.

“Jadi, ambil kesempatan ini kerana perubahan boleh berlaku apabila kita peka dengan keadaan yang berlaku,” katanya yang juga Naib Presiden PKR.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.