Categories
NASIONAL

Ahmad Maslan jangan pusing cerita

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 26 OGOS: Dakwaan berkenaan pelaburan asing di negara ini bakal terjejas ekoran perhimpunan aman disifatkan tidak berasas dan tanpa fakta yang kukuh.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata pelabur asing sebenarnya khuatir melihat situasi ekonomi yang kian tergugat selain nilai ringgit yang terus mencatat kelemahan.

tian“Pelabur lari sebab kurang yakin dengan ekonomi, nilai ringgit dan krisis kepimpinan kerajaan. Bukan disebabkan rakyat bangkit mempersoalkan kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dan tadbir urus yang baik,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan kononnya Bersih 4.0 merencatkan ekonomi peniaga serta pelaburan asing.

Ahmad turut mendakwa Bersih 4.0 akan merosakkan kegembiraan rakyat dalam bulan kemerdekaan selain membimbangkan pelancong asing ke Malaysia.

“Jangan pusing cerita sebaliknya raikan hak rakyat bersuara dan berkumpul kerana ia adalah sebahagian daripada perlembagaan.

“Rakyat bangkit untuk menegur kerajaan yang banyak merosakkan negara. Ini hakikat yang Pak Menteri perlu terima,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.