Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Kuasa berpusat kepada PM, punca mudah salah guna

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Pentadbiran kerajaan terlalu banyak berpusat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga mendorong beliau menyalahguna kuasa.

Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, berkata ia dapat dilihat apabila beliau dengan sengaja memberi tekanan kepada penjawat awam bagi mengelak siasatan adil dan telus dilakukan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

IMG_20150830_104319 (1)“Bila perkara ini terjadi, orang yang terlalu berkuasa akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya,” katanya di pentas Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, keadaan akan bertambah buruk jika lima tuntutan asas Bersih 2.0 tidak dilayan.

Lima tuntutan terbabit adalah mengadakan pilihan raya bersih, membangun kerajaan bersih, mempertahan hak membantah dan menggesa mengambil tindakan menyelamatkan ekonomi negara.

Ambiga berkata, Najib juga perlu meletakkan jawatan kerana rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.