Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: MB sekeluarga hadir berbaju kuning

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan keluarga hadir memberi sokongan penuh dan hadir pada perhimpunan Bersih 4.0, kira-kira jam 2.15 petang, di Pusat Membeli-belah Maju Junction, di sini, hari ini.

DSC_4211Mohamed Azmin kemudian terus menghala ke Sogo, manakala skuad PKR dan peserta dilihat menjaga lalu lintas untuk memudahkan orang ramai serta kenderaan bergerak ke lokasi masing-masing.

Semalam, Mohamed Azmin berkata, apa yang dimahukan rakyat kini adalah pemimpin amanah dan bertanggungjawab untuk terus mentadbir negara.

“Ini adalah hak dijamin perlembagaan dan saya yakin perhimpunan itu aman demi menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi,” katanya.

Kira-kira 50,000 dijangka hadir ke himpunan itu yang menuntut ketelusan dalam pentadbiran kerajaan selain meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.