Categories
GLOBAL

Menakutkan, matahari jadi merah, langit jadi kuning di UK

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 17 OKT: Masyarakat United Kingdom menyaksikan fenomena ‘unik’ dan jarang-jarang berlaku apabila Matahari kelihatan berwarna merah dan langit kekuningan minggu ini.

Suasana itu mendapat perhatian pengguna media sosial dengan memuat naik ke laman sosial berkongsi suasana ‘menakutkan’ itu seolah-olah ‘hampir kiamat’.

Perubahan di langit itu dipercayai disebabkan oleh Taufan Ophelia, yang kini bergerak dari pantai barat Ireland dan bergerak ke utara di seluruh Scotland bermula semalam.

Ia menyebabkan matahari kelihatan merah dan langit kelihatan kuning di beberapa bahagian England, termasuk Midlands dan barat daya.

Jabatan Meteorologi Britain berkata keadaan itu berlaku apabila Taufan Ophelia muncul dari Azores apabila membawa sekali debu Sahara dari Afrika Utara serta debu dari kebakaran di Sepanyol dan Portugal.

‘Warna kekuningan ini berpunca dari debu yang bercampur dengan sinaran matahari menjadikan matahari berubah menjadi lebih merah,’ katanya.

Keadaan itu dijangka berakhir apabila Taufan Ophelia bergerak ke seluruh Scotland pada Selasa dan ke Laut Utara ke Scandinavia serta ia menyebabkan keadaan di selatan Britain pulih seperti sediakala.

Sementara itu tiga maut manakala lebih 300,000 penduduk terputus bekalan elektrik apabila Taufan Ophelia melanda Ireland memaksa sekolah dan pejabat kerajaan ditutup.

Jurucakap polis berkata, seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an maut di Aglish selepas pokok menghempap kenderaannya, manakala penumpang wanita berusia dalam lingkungan 70-an cedera ringan.

Seorang mangsa lelaki maut dalam kemalangan ketika membersihkan pokok tumbang dengan gergaji berhampiran bandar Cahir.

 

 

=EZY=

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Derma rakyat meningkat RM2.6 juta

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Derma rakyat kepada Bersih 4.0 meningkat kepada RM2.6 juta iaitu pertambahan RM200,000 dalam tempoh sehari.

IMG_20150829_164808Perkara itu diumumkan anggota Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ketika berucap di hadapan hentian Majid Jamek, sebentar tadi.

Selangor Kini masih berusaha mendapatkan kepastian berhubung angka itu secara rasmi daripada pengerusinya, Maria Chin Abdullah.

Semalam, Maria mengumumkan Bersih 2.0 menerima RM2.4 juta sumbangan derma rakyat.

“Bersih akan manfaat duit rakyat ini sebaiknya bagi memastikan demokrasi berjalan sihat di negara ini. Duit ini selamat tanpa ancaman penyelewengan kerana ia adalah amanah rakyat,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Bunga manggar ‘kuning’ warnai Jalan Tun Perak

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Himpunan Bersih 4.0 berehat sebentar sehingga jam 2.00 petang ini bagi memberi ruang kepada peserta mengalas perut dan menunaikan solat Zohor.

IMG-20150830-WA0001Bagaimanapun, terdapat beberapa lokasi meneruskan acara dengan ucapan, perarakan dan nyayian bagi meniup semangat ‘bersih’ pada hari kedua ini.

Acara berlangsung aman tidak ubah seperti pesta namun peserta menjaga displin.

Bunga manggar (kuning keemasan) yang sinonim bagi upacara perkahwinan Melayu turut kelihatan dijunjung peserta yang bermukim di Jalan Tun Perak, di sini.

Bagi sukarelawan, kesenjangan ini diguna sebaiknya bagi menjalankan tugas mengusung beg plastik dan mengutip sampah.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kehadiran Tun M disambut ‘pulang paku buah keras’ Hisham

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Aktivis Bersih 2.0, Hishamuddin Rais mengambil kesempatan memulangkan paku buah keras kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia berikutan kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan Bersih 4.0 bagi memberi sokongan kepada rakyat yang mahukan Datuk Seri Najib Razak berundur dilihat bertentangan dengan tindakan beliau ketika berkuasa.

IMG_8234“Jika dahulu Mahathir cakap ini bukan caranya tetapi sekarang beliau sendiri beri sokongan kepada kita. Ini bererti apa yang saya cakap memang betul,” kata Hishamuddin dalam persembahan stand up komedinya di pentas utama Dataran Merdeka, hari ini.

Sekitar penghujung 70-an, Hishamuddin adalah salah seorang aktivis mahasiswa yang lantang mengkritik kerajaan dan terkenal dalam kalangan pelajar dengan idea mengadakan demontrasi.

Gara-gara kelantangannya itu, beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pelajar pada masa itu menjadi buruan polis.

Anwar kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Hishamuddin berjaya melarikan diri ke luar negara dan hanya kembali apabila bermulanya era reformasi, pada 1999.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Malam lebih hangat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Pesta demokrasi dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung sekitar ibu negara diteruskan pada sebelah malam, hari pertama, hari ini.

Sejak jam 7.00 malam tadi, orang ramai kembali berpusu-pusu membanjiri Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak untuk mengikuti acara seterusnya dalam perhimpunan yang berlangsung selama dua hari itu.

IMG-20150829-WA0060Tinjauan Selangor Kini mendapati beberapa pentas bergerak diwujudkan sepanjang Jalan Tun Perak dengan pelbagai persembahan menarik seperti nyanyian, deklamasi sajak, kumpulan gendang dan stand up komedi.

Sementara itu, di pentas utama di Dataran Merdeka pula, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) dan aktivis daripada pelbagai badan bukan kerajaan memberi ucapan masing-masing.

Antara yang kelihatan termasuk Exco Pendidikan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad juga Ahli Parlimen iaitu Zuraidah Kamaruddin dan Dr Mariah Mahmud selain Datuk S Ambiga serta Hishamuddin Rais.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0 : Najib banyak buli rakyat

Oleh : NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 29 OGOS : Semua lapisan terkesan dengan keadaan ekonomi dan nilai ringgit yang semakin menguncup, bahkan peserta Bersih 4.0 yang ditemui Selangor Kini turut menzahirkan keluh kesah berhubung keadaan itu.

tazul 35Pengusaha gerai makanan dari Seremban, Mohd Tajul Akmal, 35, berkata keuntungan perniagaannya kini menyusut hampir 20 peratus berbanding Mac lalu.

“Sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan nilai ringgit jatuh, sehari saya mampu jana pendapatan sekitar RM900 hingga RM 1100. Tetapi hari ini nak dapat RM700 pun susah,” katanya.

Tajul berkata, dia menyertai himpunan itu kerana tidak mahu terlepas menyelamatkan Malaysia dan menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya segera.

“Banyak sangat perubahan yang beliau bawa. Malangnya semua membuli dan menindas rakyat, jadi baik berhenti.

“Beliau turun dan Anwar bebas dari penjara, itu impian saya,” katanya yang pernah menyertai Bersih 3.

mike mok 62Sementara itu, bagi warga emas dari Seri Kembangan, Mike Moke, 62, dia berhasrat mahu melihat negara dipimpin kerajaan yang bersih dan adil pada masa depan.

“Saya turun hari ini untuk generasi akan datang. Tak sanggup mereka tertekan macam mana zaman saya. Jadi, saya perlu bersama untuk selamatkan negara,” katanya.

Bagi generasi muda dari Kuala Lumpur, Celeste Wong, 25, dia mahu urus tadbir kerajaan yang lebib baik dan dapat menjaga kebajikan rakyat seadilnya.

“Apa yang kami boleh harapkan pada kerajaan hari ini. Belajar tinggi pun tak menjamin kerja yang bagus.

“Bila hampir 80 peratus golongan muda bawah 35 tahun tak mampu beli rumah. Mana kerajaan?,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Peserta kerumun Mahathir di Dataran Merdeka

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Bersih 4.0 nyata bukan sahaja disokong lebih ratusan ribu peserta, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali turut meluangkan masa ke Dataran Merdeka, di sini, sekitar jam 7.20 malam tadi.

Kehadiran Mahathir disambut gembira oleh peserta yang masih berada di Dataran Merdeka dan mereka mengerumuni beliau untuk bersalaman, sekali gus memberi semangat terhadap penganjuran berkenaan.

IMG_8211 Kedua mereka hadir berjalan kaki dengan diiringi pengawal keselamatannya dari Jalan Parlimen ke Jalan Tun Perak sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, kedua mereka hanya sekadar singgah 10 minit sebelum kembali menaiki kenderaannya.

Ditanya pemberita berhubung tujuannya ke lokasi itu, Mahathir berkata, beliau sekadar singgah melihat rakyat.

“Teruskan..teruskan..,” katanya kepada peserta yang dikira sebagai kata pendorong untuk peserta berhimpun dan terus berkampung, di sana, malam ini.

IMG_8234Sebelum ini, Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terutama berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma yang dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Sekurang-kurangnya terdapat enam jentera FRU dan meriam air di Dataran Merdeka setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengingatkan peserta himpunan untuk terus mengekalkan suasana aman bagi menjayakan himpunan kali ini.

“Jaga tingkah laku dan jangan pula ada yang merempuh halangan pihak berkuasa,” katanya.

NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: 200,000 peserta sertai himpunan

Oleh : NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Penganjur Bersih 4.0 menganggarkan sekitar 200,000 peserta turun ke perhimpunan berkenaan yang berlangsung di sekitar ibu kota setakat jam 4 petang tadi.

IMG_7909Bagaimanapun, angka itu kurang lapan kali ganda dengan anggaran Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa yang mengumumkan 25,000 peserta sahaja setakat jam 3 petang.

Daripada kaca mata Selangorkini yang berada di lokasi, anggaran penganjur lebih tepat kerana semua kawasan himpunna membabitkan Sogo, Masjid Jamek, Dataran Maybank, Pasar Seni dan Dataran Merdeka dipenuhi orang awam berbaju kuning.

Bersih 4.0 dianjurkan bagi menuntut ketelusan pilihan raya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Peniaga untung bukan rugi

Oleh : NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Peniaga sekitar Puduraya mengakui perniagaan mereka beroleh keuntungan sekali ganda pada hari pertama penganjuran himpunan Bersih 4.0 yang berlangsung di sekitar ibu negara.

Pengakuan itu, sekali gus menolak dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan kononnya Bersih 4.0 merencatkan ekonomi peniaga di pusat bandar Kuala Lumpur.

20150829_185818Pengusaha kedai makanan, Manikaran, 35, berkata kehadiran pelanggan ke kedainya meningkat hampir sekali ganda bermula jam 11 pagi hingga jam 6 petang tadi berbanding hari minggu biasa.

“Saya tidak dapat beri jumlah keuntungan tetapi jumlah pelanggan meningkat hari ini. Pelanggan hari ini ramai berbaju kuning dan mungkin mereka peserta Bersih.

“Tidak pula kecoh sebaliknya makanan kami laris terjual,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

20150829_190445Pembantu kedai runcit, V Shathi, 32, berkongsi berita sama dan menolak dakwaan peserta Bersih sebagai ancaman kepada peniaga.

“Seperti hari biasa, bezanya hari ini lebih sedikit. Mereka pelanggan yang baik datang ke kedai membayar setiap apa yang diambil.Bukan merompak,”

Sebelum ini, Ahmad Maslan turut mendakwa kononnya Bersih 4.0 merencatkan ekonomi peniaga tempatan dan pelaburan asing.

Ahmad turut mendakwa himpunan itu akan merosakkan kegembiraan rakyat Malaysia dalam Bulan Kemerdekaan selain membimbangkan pelancong asing datang melihat keindahan Kuala Lumpur.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Pro Guam belum terima laporan tangkapan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Pasukan sukarelawan Pro Guam masih belum menerima sebarang tangkapan ke atas peserta perhimpunan BERSIH 4.0, sehingga jam 6.15 petang tadi.

IMG_7909Salah seorang peguam sukarelawan, Zulkarnain Luqman, berkata pihaknya akan terus memantau sebarang perkembangan sehingga perhimpunan selesai, pada malam esok (30 Ogos).

“Setakat ini, masih belum ada laporan peserta ditahan tetapi kita tunggu malam ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Pro Guam adalah pergerakan dianggotai peguam sukarelawan bagi membantu di sudut perundangan kepada pihak ditahan polis ketika demontrasi.

Sementara itu, beberapa jalan utama yang tidak boleh dilalui kenderaan sebentar tadi sudah kembali normal, pada jam 6.30 petang.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Semoga Najib faham mesej rakyat

Oleh : NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Isyarat jelas menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan berjaya disampaikan rakyat pada hari pertama perhimpunan aman Bersih 4.0.

Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah berharap Najib mudah faham dan menerima hakikat bahawa peranannya tidak lagi diperlukan selepas ekonomi serta kehidupan rakyat rosak di bawah kepimpinannya.

IMG_7957“Ini baru fasa pertama dan ramai lagi bakal menyusul. Lihatlah Najib, rakyat yang ada hari ini cukup ramai dan semuanya mewakili rakan lain kerana tidak berkesempatan datang.

“Cukuplah kamu malukan rakyat. Sesungguhnya rakyat punya maruah jangan terus membuli dan segera faham untuk berhenti,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di Jalan Tun Perak, di sini, hari ini.

Hian Wah, berkata rakyat wajar mengambil ikhtibar daripada apa yang berlaku dan sentiasa ingat untuk memilih pemimpin.

“Beringatlah, jangan lagi beri peluang kedua untuk mereka yang khianat hak dan kebajikan rakyat.

“Lihatlah kesannya, rakyat hidup susah. Ekonomi getir dan nilai ringgit jatuh tetapi mereka ini kaya serta terima pula derma berbilion ringgit,”katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Mesej jelas, rakyat mahu PM undur

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah merakamkan jutaan terima kasih diatas kehadiran peserta himpunan Bersih 4.0, di sini, hari ini.

Katanya, himpunan kali ini membawa mesej jelas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa rakyat menuntut beliau mengundurkan diri daripada jawatan itu demi menyelamatkan negara.

DSC_4168“Walaupun himpunan ini diancam, tetapi kita berjaya berkumpul. Terima kasih kerana anda semua adalah wakil kepada rakyat Malaysia yang bangkit menuntut hak,” katanya di Dataran Maybank, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie.

Khalid pula berkata, pihaknya akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya kepada Najib.

“Najib gagal jaga hak rakyat, bahkan merosakkan negara dan saya akan setuju untuk menyokong undi tidak percaya kepada beliau,” katanya.

IMG-20150829-WA0055Sementara itu, Shuhaimi pula yakin jumlah peserta akan bertambah memandangkan setiap lokasi himpunan semakin padat dengan kedatangan peserta.

“Kita bakal mencipta sejarah buat negara ini iaitu rakyat paling banyak bangkit menuntut perdana menteri berhenti daripada terus merosakkan negara.

“Tahniah buat Maria Chin kerana berjaya menghimpunkan rakyat untuk satu tujuan iaitu mendesak Najib letak jawatan,” katanya.

-NFN-