Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Najib tangkap orang yang nak tangkap pencuri

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Exco Pelaburan Selangor, Datuk Teng Chang Khim menyifatkan Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran sokongan makin tipis dalam kalangan rakyat.

Chang Khim dalam ucapannya di Pasar Seni, di sini, bagi menyertai himpunan Bersih 4.0 juga melaungkan Najib perlu ‘resign’ yang mendapat laungan hangat daripada orang ramai yang hadir untuk menyokong acara berkenaan.

IMG_7638“Najib perlu resign!,” katanya

Chang Khim berkata, Najib turut berbohong dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kemudiannya orang ramai melaungkan ‘bohong! bohong! bohong!’.

“Semua orang dipecat. Bukan Peguam Negara sahaja tetapi Timbalan Perdana Menteri juga dipecat.

“Seharusnya, beliau tangkap pencuri tetapi Najib tangkap orang yang nak tangkap pencuri,” katanya.

Peserta kemudiann menyambung perarakan ke Dataran Merdeka, manakala berhampiran Ibu Pejabat HSBC pula terdapat kumpulan mempersembahkan lagu bersemangat yang lazimnya dinyanyikan penyokong JDT tetapi diubah lirik.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.