Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Peserta kerumun Mahathir di Dataran Merdeka

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Bersih 4.0 nyata bukan sahaja disokong lebih ratusan ribu peserta, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali turut meluangkan masa ke Dataran Merdeka, di sini, sekitar jam 7.20 malam tadi.

Kehadiran Mahathir disambut gembira oleh peserta yang masih berada di Dataran Merdeka dan mereka mengerumuni beliau untuk bersalaman, sekali gus memberi semangat terhadap penganjuran berkenaan.

IMG_8211 Kedua mereka hadir berjalan kaki dengan diiringi pengawal keselamatannya dari Jalan Parlimen ke Jalan Tun Perak sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, kedua mereka hanya sekadar singgah 10 minit sebelum kembali menaiki kenderaannya.

Ditanya pemberita berhubung tujuannya ke lokasi itu, Mahathir berkata, beliau sekadar singgah melihat rakyat.

“Teruskan..teruskan..,” katanya kepada peserta yang dikira sebagai kata pendorong untuk peserta berhimpun dan terus berkampung, di sana, malam ini.

IMG_8234Sebelum ini, Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terutama berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma yang dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Sekurang-kurangnya terdapat enam jentera FRU dan meriam air di Dataran Merdeka setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengingatkan peserta himpunan untuk terus mengekalkan suasana aman bagi menjayakan himpunan kali ini.

“Jaga tingkah laku dan jangan pula ada yang merempuh halangan pihak berkuasa,” katanya.

NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.