Categories
NASIONAL

BERSIH 4.0: Sukarelawan ajak peserta bersih sampah

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Bersih 4.0 tidak terlepas pandang dalam memastikan kawasan himpunan bebas sampah sarap selain ‘membersihkan’ negara daripada terus dipimpin kerajaan yang korup.

Dengan slogan ‘Bersih for corruption, Bersih for rubbish’ sebuah gerakan dalam kalangan peserta himpunan aman itu mengajak yang lain menjadi sukarelawan bersama mengutip sampah.

20150829_223805Kehadiran mereka dengan papan tanda dan puluhan beg plastik di pembahagi Jalan Tun Perak, di sini, menarik perhatian Selangor Kini.

Gerakan yang dianggotai 30 individu itu mula bergerak aktif sejak awal himpunan berlangsung sehingga tamat, pada malam kemerdekaan 31 Ogos ini.

Insiatif menjemput peserta himpunan untuk bersama mengutip plastik pembungkus makanan, botol dan tin minuman itu memberi kesedaran tinggi betapa pentingnya menjaga kebersihan.

IMG_8589Salah seorang sukarelawan, Eric, 27, berkata sudah menjadi asas negara maju perlu bersih daripada sampah.

“Dalam keghairahan kita menuntut negara bersih daripada korupsi dan pemimpin yang zalim, jangan pula terlupa pastikan persekitaran juga perlu bersih daripada sampah.

“Kerana itu adalah asas bagi sebuah negara maju,” katanya.

Hasil tinjauan, beberapa lokasi berada dalam keadaan bersih dan ramai peserta mengambil bahagian menjadi sukarelawan, bahkan sampah terkumpul turut diasingkan mengikut meterial bagi memudahkan ia dikitar semula.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.