Categories
SELANGOR

DEIG beroperasi selepas SOP mantap

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 OGOS: Syarikat yang baik akan memastikan segala keperluan dipenuhi terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti perniagaan bagi memaksima pulangan dan meminimakan kesilapan.

Ia perlu memantapkan prosedur standard operasi (SOP) bagi memastikan aspek ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dapat dipraktikkan sepenuhnya apabila beroperasi seperti yang diterapkan dalam penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG).

Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman, berkata menjalankan operasi sesebuah syarikat tanpa mewujudkan SOP terlebih dahulu adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.

ME150820LKKw009“Pada masa ini, aset yang dimiliki DEIG hanya RM2. Kita tak mulakan apa-apa lagi dan ingin selesaikan dahulu isu ketelusan, akauntabiliti serta tadbir urus dengan jelas.

“Selepas itu, baru kita mulakan operasi dan modal juga akan ditingkatkan,” kata Raja Shahreen pada sidang media di Lobi Dewan Negeri Selangor, semalam.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan DEIG melalui MBI bertanggungjawab melaporkan segala aktiviti syarikat kepada Kerajaan Negeri.

“Sekarang, MBI tak perlu bawa ke Kerajaan Negeri. Kalau anda suka macam itu, kita boleh kekalkan begitu tetapi kami dah berbincang awal-awal lagi iaitu apa juga yang berlaku di MBI perlu dibawa kepada Kerajaan Negeri.

“MBI perlu diperelokkan. Tatakelola, ketelusan, tadbir urus, akauntabiliti perlu dan ditunjukkan tetapi sekarang tak ada,” katanya.

Raja Shahreen turut menegaskan, DEIG tidak akan membuat sebarang pinjaman bagi menjalankan aktiviti pelaburan syarikat itu nanti.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.