Categories
SELANGOR

Denggi perang terbesar, atasi bersama jangan penting diri

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 15 OGOS: Usaha memerangi denggi adalah satu tanggungjawab besar yang harus dipikul semua pihak, kata Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh

Hannah, berkata denggi bukan satu ancaman yang boleh musnah hanya dengan aktiviti semburan sahaja kerana ia memusnahkan nyamuk Aedes dewasa bukan ‘warisnya’.

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (3)“Seekor nyamuk Aedes mampu bertelur sehingga 400 lava yang kemudian menjadi nyamuk dewasa dan mengancam semua.

“Dengan lebih 40,000 kes dilaporkan di Selangor, memerangi denggi menjadi satu perang besar bagi kita semua, tiada yang terkecuali,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kesedaran Kanser Payudara anjuran Real Kids, di USJ 12, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Hannah yang juga Adun Subang Jaya menggesa semua pihak berganding bahu membanteras pembiakan Aedes dan denggi.

“Kita kena periksa kawasan sekitar rumah dan kejiranan, jangan ada sikap tidak peduli juga pentingkan diri.

“Didik anak dan ahli keluarga berkenaan musibah denggi supaya semua faham kesannya dan lebih berjaga-jaga serta prihatin,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.