Categories
NASIONAL

FOMCA: ‘Double standard’ jika hanya haramkan rokok elektronik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 OGOS: Langkah mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vapor merupakan keputusan ‘double standard’, kata Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman hari ini.

Mohd Yusof berkata, kerajaan sepatutnya turut mengharamkan penjualan rokok biasa yang dikatakan mempunyai kesan lebih buruk terhadap perokok berbanding rokok elektronik.

Fakta-Keburukan-Rokok-Vapor“Kalau rokok elektronik diharamkan dengan alasan membahayakan kesihatan kenapa rokok biasa tidak diharamkan sama sedangkan rokok biasa lebih membahayakan perokok. Adakah sebab kutipan cukai yang diperolehi?

“Dua-dua kena haramkan jugalah sebab kalau tak haramkan dua-dua nampaklah ‘double standard, kenapa vapor tak dibenarkan tetapi rokok dibenarkan sedangkan dua-dua bahaya’,” kata Mohd Yusof kepada Selangor Kini.

Jelas beliau, kerajaan tidak wajar berkompromi dengan membenarkan penjualan rokok kerana bimbang bakal kehilangan cukai jualan rokok.

Tambahnya lagi, keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan keputusan kajian yang dijalankan Jabatan Kesihatan Malaysia tanpa mengambil kira isu percukaian.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.