Categories
NASIONAL

FOMCA: Kaji semula kenaikan tambang elak rakyat terbeban

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 OGOS: Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji dan menilai kadar penstrukturan tambang tambang Bas Rapid Transit (BRT) bagi Lembah Klang yang lebih munasabah dan tidak membebankan rakyat.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kenaikan sesuatu barang atau perkhidmatan ia pasti memberi tekanan kepada pengguna terutama bagi mereka berpendapatan rendah dan sederhana.

“Menurut kajian, jika kenaikan sesuatu perkhidmatan di Malaysia melebihi 10 peratus ia akan membebankan rakyat.

FOMCA“Terutama pengakutan awam, kita mengharapkan tambang itu tidak akan membebankan rakyat terutama bagi pengguna sememangnya yang tidak mempunyai kenderaan sendiri,” katanya kepada Selangor Kini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataan berkata struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 sen dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer (km) itu akan bermula dengan RM0.815 sen bagi 6km pertama.

Sebanyak RM0.513 sen dikenakan untuk perjalanan 6km hingga 12km pertama, RM0.421 sen untuk 12 hingga 18km, RM0.282,18 sen untuk 24km dan RM0.212 sen bagi perjalanan melebihi 24km.

Mohd Yusof berkata, sedikit sebanyak kenaikan tambang itu bakal menjejaskan perbelanjaan pengguna.

“Pengguna perlu mengurangkan perbelajaan dari segi lain seperti kos keperluan asas, kos makanan dan lain-lain.

“Walaubagaimanapun, potongan tambang sebanyak 50 peratus bagi pelajar, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) disambut baik dan wajar diberikan kepada meraka,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.