Categories
SELANGOR

Menang motorsikal pertandingan pancing bermodal RM10

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 24 OGOS: Mohd Hairi Jaafar, 49, tidak menyangka penyertaan pertamanya dalam pertandingan memancing membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai pemenang pertama pertandingan dengan membawa pulang hadiah sebuah motorsikal.

Jelas Hairi, dengan bermodalkan RM10 sebagai yuran penyertaan beliau berjaya menaikkan ikan keli seberat 3.28 kilogram pada Pertandingan Memancing Tradisional yang dilangsungkan di Kampung Parit 12, Sungai Panjang di sini, semalam.

Pelepasan benih ikan dan pertandingan memancing YB Zaidy (8) (1)“Sebelum ini cuma tengok sahaja pertandingan memancing tetapi kali ini suka-suka nak sertai tetapi tak sangka pula saya menang tempat pertama dan dapat motorsikal.

“Memang terkejut. Walaupun saya jarang memancing tetapi dah memang rezeki saya. Alhamdullilah ini berkat dorongan kawan-kawan,” kata Hairi yang merupakan anak jati Kampung Parit 12 itu.

Katanya, beliau memperolehi tangkapan yang membawa kemenangannya itu hanya selepas kira-kira tiga minit melabuhkan jorannya dengan menggunakan umpan katak.

Pertandingan Memancing Tradisional yang dibukan bagi penduduk Sabak Bernam itu dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.

Pelepasan benih ikan dan pertandingan memancing YB Zaidy (2)Pertandingan yang pada asalnya dijangka menarik kira-kira 500 penyertaan itu mendapat sambutan menggalakkan apabila menerima 784 penyertaaan.

Pertandingan Memancing Tradisional yang berlangsung sejak jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu menawarkan hadiah sebuah motorsikal, wang tunai berjumlah RM3,250 dan hamper.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.