Categories
NASIONAL

Johor bakal ‘kuburkan’ Umno-BN

Oleh: NORHAYATI UMOR

SABAH, 10 OGOS : Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin menjangkakan legasi Umno akan berkubur dan berakhir di Johor.

Katanya, hal itu kerana Johor yang pernah diangkat sebagai kawasan kubu kuat Umno itu berakhir selepas majoriti besar ahli parti di negeri itu kini sudah hilang kepercayaan terhadap Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

“Sambutan rakyat Johor terhadap Perdana Menteri amat mengecewakan, kerana orang Johor pun sekarang dah marah.

umno-retak“Dulu Johor dianggap kubu bagi Barisan Nasional, sekarang ini saya rasalah, Johor akan kubur Umno dan Barisan Nasional,” jelasnya ketika berucap dalam program Aidilfitri di kediaman Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berucap dalam Program Amanat Presiden di Hotel Soluxe Putatan turut bersetuju mengenai perubahan yang melanda sokongan ahli parti itu terhadap Umno pada masa ini.

Katanya, merujuk kepada campurtangan tangan pihak Istana terhadap kemelut politik negara ini mengesahkan juga bahawa Johor juga bakal menunjukkan perubahan besar dalam landskap politik negara.

Johor-pulai_jaya_umno_banner_najib_razak_step_down-200715“Umno yang kuat dan kukuh dulu lahir di Johor. Tapi sekarang? Sultan Johor pun dah murka, begitu juga dengan rakyatnya.

“Di Johor sekarang ada banner kritik Najib, kalaulah Johor dah buat macam itu, Sabah pula, tak perlulah sokong parti itu lagi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.