Categories
NASIONAL

Kehadiran Tun M disambut ‘pulang paku buah keras’ Hisham

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Aktivis Bersih 2.0, Hishamuddin Rais mengambil kesempatan memulangkan paku buah keras kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia berikutan kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan Bersih 4.0 bagi memberi sokongan kepada rakyat yang mahukan Datuk Seri Najib Razak berundur dilihat bertentangan dengan tindakan beliau ketika berkuasa.

IMG_8234“Jika dahulu Mahathir cakap ini bukan caranya tetapi sekarang beliau sendiri beri sokongan kepada kita. Ini bererti apa yang saya cakap memang betul,” kata Hishamuddin dalam persembahan stand up komedinya di pentas utama Dataran Merdeka, hari ini.

Sekitar penghujung 70-an, Hishamuddin adalah salah seorang aktivis mahasiswa yang lantang mengkritik kerajaan dan terkenal dalam kalangan pelajar dengan idea mengadakan demontrasi.

Gara-gara kelantangannya itu, beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pelajar pada masa itu menjadi buruan polis.

Anwar kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Hishamuddin berjaya melarikan diri ke luar negara dan hanya kembali apabila bermulanya era reformasi, pada 1999.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.