Categories
SELANGOR

Kejohanan Jet Sport Tasik Biru Kundang tawar RM30,200

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 OGOS: Sebanyak RM30,200 menanti pemenang Kejohanan ‘7th Kundang Jet Sport Challenge 2015’ anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Tourism Selangor dan Persatuan Jetski dan Sukan Air Selangor (PJSAS).

Pengarah Jabatan Korporat, Mohamad Zin Masoad, berkata penganjuran program sukan permotoran air itu diadakan selama tiga hari bermula 28 sehingga 30 Ogos bertempat di Tasik Biru Kundang, Kuang Selangor.

jet-7“Terdapat enam kategori dipertandingkan iaitu runabout 4 stroke open, runabout 2 stroke open, GP Sport Class, runabout 4 stroke stock ,runabout 4 stroke novice dan Ski Class.

“Selain wang tunai, pemenang turut menerima trofi dan sijil penghargaan,” katanya dalam kenyataan media.

Selain itu, MPS juga mengadakan pertandingan mewarna dan cabutan bertuah turut diadakan sebagai acara selingan bagi memeriahkan lagi program.

Orang ramai dijemput hadir menyertai ke kejohanan tersebut. Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat di talian 03-6126 5810.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.