Categories
SELANGOR

Lebih 42,000 asnaf terima bantuan LZS

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 OGOS : Lebih 42,000 keluarga asnaf fakir dan miskin di negeri ini sudah menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sehingga kini.

LZS dalam satu kenyataan di Facebook berkata bantuan itu diberikan dalam pelbagai bentuk, antaranya saraan bulanan, sewa rumah, bina rumah baru, baik pulih kediaman sedia ada, pendidikan dan lain-lain.

“Lebih RM224.7 juta zakat sudah diagihkan kepada asnaf di Selangor sehingga hari ini.

Lembaga-Zakat-Selangor“Kita menyantuni mereka melalui lima program pembangunan utama iaitu sosial, ekonomi, pendidikan, insan dan institusi agama,” katanya.

Sementara itu, LZS dalam paparan terbaru di Facebook memaklumkan pihaknya akan membantu M. Danish Maariff, 10, yang menderita penyakit barah tulang mendapatkan rawatan.

Katanya bantuan sebanyak RM13,000 akan disalurkan temasuk kos perjalanan bagi tujuan rawatan berjumlah RM260 sebulan bermula Ogos hingga Disember tahun ini.

“Sebelum ini, keluarganya pernah membuat permohonan zakat tetapi tidak layak sebagai asnaf kerana pendapatan isi rumah melebihi paras kelayakan.

“Bagaimanapun setelah siasatan dilakukan semula, didapati jumlah pendapatan keluarga itu melayakkannya sebagai asnaf fakir dan miskin kerana tiada lagi pendapatan tetap, oleh itu mereka akan dibantu RM250 sebulan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.