Categories
SELANGOR

MB: DEIG belum beroperasi, kukuh tadbir urus

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 OGOS : Tiada sebarang transaksi aset mahupun aktiviti dilakukan terhadap Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sejak ia ditubuhkan Mei lalu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri mahu memastikan struktur urus tadbir DEIG diperkukuhkan sebelum syarikat itu memulakan operasinya.

Justeru, katanya sebarang dakwaan yang dilemparkan terhadap DEIG adalah tidak benar, malah sudah dijawab semasa sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang lalu.

Menandatangai Skim Khas Pembiayaan Perumahan bersama Maybank MB (3)“Kalau ikut peraturan DNS, Kerajaan Negeri boleh memberi maklumbalas kepada setiap penyata yang dibentangkan pada sidang akan datang, tetapi saya tidak ikut pilihan itu.

“Saya terus mendengar pembentangan dan perbahasan serta memberi notis kepada Speaker untuk menjawab terus dalam dewan supaya tidak timbul fitnah atau salah faham.

“Dalam penjelasan selama 37 minit itu, saya sudah menegaskan DEIG belum beroperasi, tiada transaksi dan tiada aktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Skim Khas Pembiayaan Pembelian Rumah Selangorku di Foyer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata Kerajaan Selangor mahu DEIG dikawal dengan peruntukan tambahan untuk membuktikan negeri itu mengamalkan prinsip amanah, akauntabiliti dan ketelusan.

Pada masa sama, beliau turut menafikan DEIG pernah melaksanakan proses Pernyataan Minat (RFI) dan Permohonan Cadangan (RFP) bagi pelaksanaan pembangunan tanah di tiga kawasan.

“RFI, RFP itu adalah aset MBI, DEIG belum menguruskan aset MBI.

“Kita terbuka untuk melihat saranan berhubung DEIG kerana mahu ia dilakukan dengan tadbir urus terbaik, sebab itu kita tidak beroperasi sekarang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.