Categories
SELANGOR

MB: Siar laporan palsu, Malaysian Insider perlu bertanggungjawab

SHAH ALAM, 19 OGOS: The Malaysian Insider harus bertanggungjawab membetulkan laporan palsu yang disiarkan berhubung Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan itu perlu dilakukan ekoran penjelasan yang sudah diberikan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh berhubung isu berkenaan.

MB Azmin“The Malaysian Insider bertanggungjawab untuk membetulkan laporan palsu mereka berkenaan DEIG selepas ditegur dan diperbetulkan oleh Speaker,” katanya di dalam laman Twitter, hari ini.

Terdahulu, Hannah di laman Facebook beliau membuat penjelasan berhubung isu DEIG dan menegur laporan palsu yang disiarkan The Malaysian Insider.

Isu berhubung DEIG hangat dibahaskan di Sidang DNS kali ini hingga membabitkan perbalahan antara Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) dengan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang).

Leave a Reply

Your email address will not be published.