Categories
SELANGOR

MB susah hati krisis negara kian meruncing

Oleh: NAEEM RAFFI

GOMBAK, 14 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini menzahirkan rasa susah hati melihat krisis kepimpinan di Putrajaya, kejatuhan nilai ringgit dan ekonomi negara yang saban hari semakin meruncing.

Katanya, semua itu membuat tidur malamnya tidak lena mengenang kehidupan dan nasib rakyat yang semakin tertekan.

“Saya susah hati bila derma terlalu besar (RM2.6 Bilion), nilai ringgit susut, ekonomi negara gawat dan masalah kepimpinan di Putrajaya,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Dan Pendaftaran Rumah Selangorku Kampung Seri Temenggung di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, di sini, hari ini.

sri gombak 1-mbBeliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung kegusarannya terhadap pemindahan besar ahli PAS menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Perkembangan ini saya tidak susah hati kerana mereka semua adalah sahabat saya.

“Sebaliknya, masalah yang saya nyatakan tadi lebih merisaukan melangkaui soalan kamu,” katanya.

Selain kepimpinan di Putrajaya yang terjejas ekoran isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohamed Azmin juga khuatir kejatuhan nilai ringgit walaupun perdana menteri memberikan jaminan untuk menanganinya dengan sedaya upaya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis sama, Mohamed Azmin mengulangi pendirian Kerajaan Selangor yang sentiasa komited menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat dalam suasana ekonomi lebih harmoni.

“Ketika Kerajaaan Selangor mengubal Belanjawan 2015, berdasarkan maklumat dan semakan k eatas laporan situasi ekonomi global dan negara kita berjaya menghidu bahawa tahun ini ia akan terus menghadapi kemelesetan.

Grafik-Selangor-Pakatan“Kita mengambil pendekatan cukup tegas dengan berbelanja secara berhemah tetapi dalam masa sama sebagai persiapan menghadapi krisis ekonomi, kita lancarkan belanjawan defisit bernilai Rm452 juta khusus untuk membiayai program pro-rakyat dalam bentuk pembangunan dan kebajikan.

“Ternyata, andaian itu sedang berlaku apabila ekonomi negara hari ini terburuk dalam sejarah dengan nilai ringgit menyusut berbanding negara jiran.

“Keyakinan pelabur dan masyarakat perniagaan juga terhakis apabila krisis kepimpinan juga ekonomi gagal ditangani dengan amanah,” katanya.

Setakat jam 11.10 pagi ini, ringgit diniagakan pada RM4.1223 untuk satu dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu penurunan 2.3 peratus daripada indeks pembukaan.

Tahun lalu, ia mencapai nilai tinggi RM3.1415 untuk setiap dolar.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.