Categories
SELANGOR

Mahfuz: DEIG telus, 1MDB hilang ‘fulus’

OLEH: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 OGOS: Isu penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) membuka ruang kepada rakyat melihat keterbukaan dan ketelusan Kerajaan Selangor melaksanakan proses semak dan imbang, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, perkara itu terbukti apabila Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berlapang dada sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhasrat untuk menyiasat DEIG.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)Malah beliau juga yakin, Mohamed Azmin tiada halangan untuk Jawatankuasa Wang Kira-kira (PAC) Selangor berbuat perkara sama dan membentang hasil siasatan ke pengetahuan sidang DUN Selangor.

“Malangnya, Umno-BN Selangor menolak cadangan perlantikan Adun Umno sebagai pengerusi PAC.

“Malah saya percaya kalau Audit Negara, Bank Negara dan jika pihak berkuasa yang lain nak menyiasat isu DEIG yang dibangkitkan adalah pasti dialu-alukan oleh Azmin.

“Begitu terbuka dan telusnya Kerajaan Pakatan di Selangor melaksanakan proses semak dan imbang. Tidak seperti kewujudan 1MDB apabila anggota kabinet sendiri tidak dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mahfuz juga mengalu-alukan agensi terlibat memainkan peranan masing-masing menyiasat DEIG jika ada keraguan.

“Ini bermakna belum pun lagi ada kesalahan pecah amanah dilakukan maka buat kenyataan menyatakan pendirian agensi siasatan masing masing memahamkan pemimpin Umno yang tak dapat membezakan isu 1MDB dengan DEIG.

“Yang jelas 1MDB dan Najib sudah ada kes, bila nak dakwa.  Peguam Negara tolong jawab segera’,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.