Categories
KENYATAAN MEDIA

Muafakat politik bersama bertindak selamatkan Malaysia

Oleh: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Skandal RM2.6 bilion yang kini menjadi bagai satu komedi kesilapan (“comedy of errors”) dengan pelbagai alasan tidak munasabah diketengah pihak Kerajaan langsung tidak memberi keyakinan kepada Rakyat bahawa skandal ini akan diselesaikan dengan baik.

Tambahan kenyataan Speaker Dewan Rakyat yang berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh bermesyuarat menimbul pelbagai tanda tanya dan persoalan kenapa PAC tidak boleh diteruskan.

yb  DSWA parlimenMalah Rakyat yang menanti penjelasan Arul Kandasamy, CEO 1MDB, dan Datuk Shahrol Halmi, mantan CEO 1MDB, kini hampa kerana buat kali kedua pertemuan mereka dengan PAC telah ditunda.

Penundaan ini tidak sihat bagi demokrasi di Malaysia, menimbulkan persepsi tidak baik, dan sepatutnya dielak demi ketelusan proses PAC.

Oleh itu, saya sekali lagi menggesa agar semua pihak – sama ada Ahli-Ahli Parlimen dari mana parti sekalipun, malah juga masyarakat sivil – untuk bersama di dalam muafakat politik berasaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Pelan Tindakan Demi Rakyat yang harus diperkembang untuk melibatkan lebih ramai pihak serta mengambil kira keadaan politik mutakhir.

Kita tidak punyai masa yang banyak. Nilai mata wang ringgit makin merudum, sentimen pelaburan dalam negara makin merosot, tindak-tanduk kerajaan semakin melemahkan imej negara di mata dunia. Kita perlu bekerjasama, ketepikan perbezaan, dan bawa perubahan bersama.

Demi Malaysia. Demi Rakyat!

*Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.