Categories
NASIONAL

Nilai RM merudum, pelabur hilang keyakinan pentadbiran Najib

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 10 OGOS: Krisis kepercayaan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mendorong kepada penurunan keyakinan pelabur hingga mengakibatkan kejatuhan matawang Ringgit pada tahap membimbangkan.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, secara teori kejatuhan nilai Ringgit akan mengakibatkan peningkatan kadar eksport negara namun yang berlaku adalah sebaliknya selepas hampir setahun kejatuhannya.

“Ini bukan isu ekonomi atau berkaitan nilai import – eksport, tetapi tahap kepercayaan pelabur dengan kerajaan Malaysia,” katanya ketika mengulas kesan kejatuhan nilai Ringgit terhadap industri import – eksport negara.

ringgitmalaysiaJelasnya, kejatuhan nilai matawang negara mengakibatkan peningkatan kos barangan import yang menekan peniaga dan pengguna.

Selain itu, kejatuhan nilai Ringgit menjadi punca banyak syarikat gulung tikar jika bidang utama perniagaan mereka berkisarkan barangan import.

“Bila Ringgit jatuh, kos untuk membeli daripada luar negara naik kerana ia barang import yang dibeli menggunakan matawang seperti US Dollar, bergantung kepada punca barang berkenaan diperoleh.

“Kalau peniaga naikkan harga di pasaran tempatan, kemungkinan besar mereka akan kehilangan pelanggan dan pasaran menjadi lebih kecil.

“Oleh itu mereka akan terdesak untuk memotong kadar keuntungan mereka dan mendorong kepada pemberhentian pekerja,” katanya kepada Selangor Kini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.