Categories
NASIONAL

Angin Reformasi kian kencang di Sabah

Oleh:NORHAYATI UMOR

SABAH, 10 OGOS : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan sokongan rakyat Sabah terhadap PKR semakin memuncak dengan sambutan yang diterima di Sabah.

Nurul Izzah berkata sokongan itu menguatkan lagi iltizam buat seluruh kepimpinan PKR untuk terus memberikan khidmat dan jasa bakti kepada rakyat Sabah.

Nurul Izzah“Seawal saya tiba di lapangan terbang, saya dapat merasakan tiupan angin reformasi dalam suntikan jiwa-jiwa rakyat Sabah.

“Kita tidak jangka sambutannya cukup hebat, tinggal lagi Sabah perlu menang bah,” jelasnya di hadapan lebih 600 orang hadirin yang hadir dalam Program Amanat Presiden di Hotel Solute, Putatan.

Beliau berkata sokongan itu juga bukan sesuatu yang mustahil buat PKR untuk memenangi kerusi lebih banyak lagi pada pilihanraya akan datang.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga menuntut seluruh tenaga kerja dan jentera parti untuk tetap berpegang pada dasar perjuangan parti bagi menegakkan keadilan.

“Kita perhebatkan jentera kita dari peringkat akar umbi untuk menang di semua kerusi bagi mengubah masa depan dan nasib rakyat di negeri ini,”katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.