Categories
SELANGOR

Piala Dato’ Mokhtar Dahari cungkil bakat remaja

SHAH ALAM 27 OGOS: Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari kali kedua bermula 5 September hingga 4 Oktober ini bakal menyaksikan seramai 576 pemain bawah 18 tahun yang mewakili 32 sekolah menengah daripada sembilan daerah.

Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling (Orang Besar Daerah), Datuk Emran Kadir, berkata kejohanan itu diharap dapat mencungkil bakat pemain remaja bola sepak untuk diserap sebagai pelapis pasukan Selangor.

“Justeru itu, atas nasihat DYMM Sultan Selangor, jawatankuasa pengelola berusaha keras memperluaskan kejohanan kali ini ke seluruh daerah negeri Selangor,” kata Emran.

237A7217Kejohanan itu adalah kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, PPD Petaling Utama dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor).

Sebelum itu, piala itu diserahkan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Pengerusi Kejohanan Datuk di Istana Kayangan, Shah Alam.

Piala itu adalah sumbangan peribadi Sultan Selangor sebagai tanda sokongan dan mahu melihat kemajuan bola sepak.

237A7072Di majlis yang sama, Sultan Selangor turut berkenan menyaksikan penyampaian cek sumbangan bernilai RM250,000 oleh Perangsang Selangor sebagai penaja utama Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari dan Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor kepada Pengerusi Kejohanan.

Hadiah menarik menanti empat pasukan terbaik kejohanan dengan johan menerima wang tunai berjumlah RM10,000 berserta medal dan piala pusingan.

Naib johan menerima RM7,000 berserta medal. Tempat ketiga menerima RM5,000 manakala tempat keempat menerima RM3,000 beserta medal dan sijil.

Lapan pasukan layak ke peringkat suku akhir bakal menerima sepasang jersi tajaan Kumpulan Perangsang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.