Categories
SELANGOR

Program pembiayaan deposit beli rumah dalam Belanjawan 2016

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 OGOS: Exco, Perumahan Kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yakin program pembiayaan wang pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga rumah yang dibeli rakyat Selangor dapat dimasukkan dalam Belanjawan 2016 nanti.

Kata beliau, jawatankuasa khas di bawah portfolio beliu ketika ini bekerja keras menyelesaikan kajian sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri sebelum boleh dibentangkan dalam Belanjawan 2016.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (1)“Ramai yang berminat nak beli rumah Selangorku tetapi hadapi masalah menyediakan wang pendahuluan dan ada juga yang sukar mendapatkan pinjaman bank.

“Bagi menyelesaikan masalah ini yang pertama dalam Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) kita beli rumah itu dan sewakan kepada mereka sehinggalah mereka mampu beli.

“Bagi fasa kedua pula, kita bercadang Kerajaan Negeri membayar deposit 10 peratus itu. Kertas cadangan ini akan dimasukkan selepas ini,” kata Iskandar kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Setia Alam, di Bandar Setia Alam di sini.

Sebelum itu, Iskandar pada majlis sama berkata, terdapat ramai yang berminat membeli rumah Selangorku tetapi gagal mendapatkan pinjaman berikutan syarat ketat yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM).

Justeru itu, jelas beliau, Kerajaan Negeri menjalankan pelbagai usaha dengan mewujudkan pelbagai skim bagi memaksimakan peluang rakyat negeri itu memiliki kediaman sendiri.

Selain skim sewa beli yang akan diperluaskan kepada pembeli rumah mampu milik dengan peruntukan tambahan daripada RM10 juta kepada RM20 juta, Kerajaan Negeri juga menjadi penjamin kepada pembeli untuk membuat pinjaman bank.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.