Categories
SELANGOR

PWB anjur kursus kepimpinan di 56 DUN

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 11 OGOS: Pusat Wanita Berdaya (PWB) menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Kefahaman Gender di seluruh 56 DUN dengan peruntukan RM2,500 bagi setiap DUN.

Pegawai Penyelaras PWB, Noor Sham Abu Samah, berkata kursus itu bagi mendidik wanita mempunyai kepimpinan dalam aspek rumah tangga dan kemasyarakatan.

PWB“Kursus itu mendidik wanita dalam pengurusan masa, perundingan, pengurusan stress, membuat keputusan, belanjawan, motivasi, imej diri dan sebagainya.

“Inisiatif itu bukan sahaja untuk wanita desa tetapi di semua peringkat termasuk ibu tunggal, wanita kerjaya, suri rumah, mahasiswa, dan belia,” katanya kepada Selangor Kini.

Noor Sham berkata, program diadakan selama dua hari setiap hari minggu bermula 22 Ogos ini dan tamat akhir November 2015 melalui peruntukan RM30,000.

PWB“Kita juga memberi kursus kefahaman gender supaya lebih jelas mengenai fungsi dan tanggungjawab gender dalam memupuk sikap saling menghormati.

“Sebelum ini ramai anggap gender tidak penting mengakibatkan kes penderaan dan penganiyaan wanita sering berlaku,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.