Categories
SELANGOR

PWB Selangor laksana tiga program setiap DUN

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 OGOS: Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor yang membantu golongan wanita menjana sumber ekonomi terus menerima sambutan menggalakkan sehingga hari ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata inisiatif itu terus dipergiatkan melalui penganjuran tiga program utama khusus untuk menaikkan pendapatan wanita.

Katanya, antara program utama adalah tidak berstruktur seperti kelas masakan dan jahitan, kursus kepimpinan serta peningkatan ekonomi wanita.

pc dr daroyah 2“Kita sedang aktif melaksanakan tiga program ini di seluruh Selangor melalui DUN yang akan dipantau penyelia serta disokong Adun kawasan masing-masing.

“Melalui peruntukan RM30,000 kepada setiap PWB, mereka dapat laksanakan pelbagai program untuk wanita di kawasan itu,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, inisiatif itu memfokuskan seluruh wanita yang mahu mengubah nasib baik di kawasan bandar dan desa.

Katanya, wanita Selangor dilihat semakin perkasa dan berdaya serta mampu memainkan peranan penting dalam memantapkan struktur ekonomi negeri.

wanita 4“Kerajaan Selangor akan terus berusaha membantu wanita memainkan fungsi maksimum memacu ekonomi keluarga dan negeri.

“Kita juga akan memberikan ilmu atau kursus galakan kepada mereka supaya PWB dapat terus berkembang pada masa akan datang,” katanya.

PWB mula dilaksanakan pada 2010 untuk menjadikan wanita lebih berdikari dan mampu menjana pendapatan sendiri.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.