Categories
SELANGOR

Speaker: Tiada belanjawan tambahan, tumpu penstrukturan air

AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 17 OGOS: Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bermula hari ini tidak menyentuh soal belanjawan tambahan sebaliknya lebih tertumpu kepada perkembangan semasa penstrukturan semula industri air Negeri Selangor.

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, Exco dijangka membentangkan perkembangan tersebut memandangkan Dato’ Menteri Besar Selangor berjanji untuk tidak mengemukakan belanjawan tambahan seperti yang diumumkan tahun lalu.

DNS-2015-small“Sidang kali ini hanya ada tiga Rang Undang-undang dan Penyata oleh Jawatankuasa Pilihan.

“Jawatankuasa Pilihan kita sangat aktif dan kali ini kita mempunyai 15 penyata jawatankuasa masing-masing,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau turut menjangkakan sidang kali ini tidak akan berlangsung panjang dan diharapkan semua usul dan Rang Undang-undang dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sidang DNS berlangsung selama dua minggu dan dijangka tamat padat 28 Ogos hadapan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.