Categories
SELANGOR

Enam kawasan ‘panas’ MPK lubuk sampah haram

KLANG, 9 SEP: Lebih enam kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) dikenalpasti sebagai lokasi ‘panas’ pembuangan sampah haram.

Antara kawasan itu adalah Jalan Kebun Nenas, Jalan Air Mata Duyong, Pangsapuri Taman Chi Liung, Jalan Sri Damak 17, Jalan Temenggung, dan Jalan Benteng, Kapar.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz, berkata MPK memandang serius perkara itu dan giat menanganinya melalui pendekatan proaktif.

kebun nenas 1“MPK akan terus membuat pemantauan secara agresif kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengundang pelbagai penyakit dan mencacatkan pemandangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Norfiza berkata sebuah lori ditahan dalam serbuan kerana didapati membuang sampah sisa binaan di salah satu lokasi berkenaan.

Katanya, kenderaan itu disita atas kesalahan Undang-Undang Kecil 4 Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007 kerana membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.

“Setakat ini, MPK menyediakan tong sampah yang mencukupi bagi menampung pembuangan sisa makanan di kawasan strategik. Jadi, tidak sepatutnya perkara itu berulang,” katanya.

Pada masa sama, MPK meminta jawatankuasa setempat untuk bertindak aktif menangani pembuangan sampah haram dengan melaporkan kepada pihak berkuasa di talian 1-800-88-23826 atau 03-33748845 jika berlaku aktiviti mencurigakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.