Categories
SELANGOR

HIJRAH tubuh koperasi lonjak pendapatan

Oleh: NORHAYATI UMOR

KAPAR, 8 SEP: HIJRAH Selangor mengorak langkah setapak lagi dengan menubuhkan Koperasi Warga HIJRAH Selangor yang dijangka dilancarkan November depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mansor Othman berkata pihaknya mengadakan mesyuarat penaja seterusnya jawatankuasa sementara dilantik dalam masa terdekat.

“Kita baru mendapat kelulusan penubuhan koperasi. Surat sudah diterima. Langkah seterusnya kita memanggil penaja seterusnya lantikan jawatankuasa sementara,” katanya kepada SelangorKini.

Mansor berkata melalui penubuhan koperasi terbabit, 56 koperasi di setiap DUN bakal digabungkan melalui koperasi induk bagi menjalankan kerja peruncitan.

“Ia membabitkan penubuhan pasaraya dan pasar mini. Kita juga menguruskan Bazar HIJRAH yang diuruskan koperasi.

“Kita sentiasa berusaha membantu usahawan di Selangor untuk mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata HIJRAH juga bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Angkasa) menerusi pinjaman dan bimbingan.

“Di Angkasa mereka turut menawarkan bimbingan selain modal, jadi dari segi kerjasama kita akan dapatkan dengan mereka,” katanya.

Program HIJRAH diperkenal Kerajaan Selangor bagi melonjak golongan miskin berHIJRAH memasuki kumpulan berpendapatan menengah melalui dana RM100 juta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.