Taman Medan sasar 1,000 peniaga sertai HIJRAH


1,000 peniaga di DUN Taman Medan disasarkan mendaftar dibawah skim mikrokredit HIJRAH Selangor.

Categories
SELANGOR

Warga Sabah dan Sarawak turut terima manfaat HIJRAH

Oleh : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 11 NOV: Program HIJRAH tawar bantuan pinjaman kepada warga sabah dan Sarawak yang bermastautin melebihi 10 tahun.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata daripada 11,378 peserta HIJRAH yang memohon terdapat 40 orang penyertaan daripada bumiputra Sabah dan Sarawak.

yb daroyah -edit 1“Antara syarat sah kelayakkan, peserta haruslah penduduk tetap Selangor dan bagi warga Sabah dan Sarawak mereka juga layak memohon jika taraf pemastatuin lebih 10 tahun.

“Program ini terbuka kepada semua bangsa dan jantina tidak mempunyai reputasi pinjaman tidak baik dari institusi kewangan atau agensi kerajaan,” katanya.

Daroyah Alwi (KEADILAN-Sementa) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Hasnul Baharuddin (PAS-Morib) pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, peserta tidak memiliki premis juga layak memohon skim pinjaman HIJRAH.

“Peserta ingin memohon tidak semestinya perlu memiliki premis tetapi mereka perlu mempunyai lesen atau permit perniagaan berdaftar.

“Jika mereka mempunyai lesen perniagaan yang sah, tetapi bekerja dari rumah adala layak untuk memohon,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

HIJRAH tubuh koperasi lonjak pendapatan

Oleh: NORHAYATI UMOR

KAPAR, 8 SEP: HIJRAH Selangor mengorak langkah setapak lagi dengan menubuhkan Koperasi Warga HIJRAH Selangor yang dijangka dilancarkan November depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mansor Othman berkata pihaknya mengadakan mesyuarat penaja seterusnya jawatankuasa sementara dilantik dalam masa terdekat.

“Kita baru mendapat kelulusan penubuhan koperasi. Surat sudah diterima. Langkah seterusnya kita memanggil penaja seterusnya lantikan jawatankuasa sementara,” katanya kepada SelangorKini.

Mansor berkata melalui penubuhan koperasi terbabit, 56 koperasi di setiap DUN bakal digabungkan melalui koperasi induk bagi menjalankan kerja peruncitan.

“Ia membabitkan penubuhan pasaraya dan pasar mini. Kita juga menguruskan Bazar HIJRAH yang diuruskan koperasi.

“Kita sentiasa berusaha membantu usahawan di Selangor untuk mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata HIJRAH juga bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Angkasa) menerusi pinjaman dan bimbingan.

“Di Angkasa mereka turut menawarkan bimbingan selain modal, jadi dari segi kerjasama kita akan dapatkan dengan mereka,” katanya.

Program HIJRAH diperkenal Kerajaan Selangor bagi melonjak golongan miskin berHIJRAH memasuki kumpulan berpendapatan menengah melalui dana RM100 juta.

EZY

Categories
SELANGOR

Program HIJRAH terbuka semua kaum

Oleh: NORHAYATI UMOR

KAPAR, 7 SEP: Program HIJRAH Selangor yang diperkenalkan Kerajaan Negeri mengalukan penyertaan golongan bukan Bumiputera.

Pengerusi Eksekutif HIJRAH, Datuk Mansor Othman berkata hal itu kerana setakat ini penyertaan bukan Bumiputera antara 10 hingga 15 peratus.

“HIJRAH terbuka kepada semua kaum. Setakat ini, bukan Melayu yang menyertai hanya 10 hingga 15 peratus.

“Angka ini membimbangkan kita sedangkan kita terbuka kepada semua kaum,” katanya kepada SelangorKini selepas majlis penyerahan cek bantuan HIJRAH di Dewan Datuk Razali, di sini.

Hadir sama Exco Kesihatan, Kebajikan, Wania dan Hal Ehwal Keluarga, Dr Daroyah.

Mansor berkata bahasa merupakan salah satu faktor kurang penyertaan bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya kini dalam usaha mengambil kakitangan dan pegawai kaum mereka.

“Pelbagai usaha promosi secara agresif sedang dijalankan dari segi taklimat dan pelbagai program turun padang,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 614 penerima menerima manfaat dari program itu dengan peruntukan sebanyak RM2.65 juta bagi Parlimen Kapar.

Program HIJRAH diperkenal Kerajaan Selangor bagi melonjak golongan miskin berHIJRAH memasuki kumpulan berpendapatan menengah melalui dana RM100 juta.

EZY

Categories
SELANGOR

Skim khas HIJRAH galak mahasiswa jadi usahawan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BESTARI JAYA, 8 OGOS: Skim khas untuk mahasiswa niaga bakal diwujudkan bagi menggalakkan golongan itu menceburi bidang keusahawanan.

Exco Pendidikan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, skim yang masih di peringkat perbincangan itu melibatkan skim pinjaman mikro kredit HIJRAH.

“Dunia sekarang berbeza dengan adanya e-commerce, instagram dan lain-lain, ada pelajar mengambil peluang ini untuk berniaga dan ada sesetengahnya agak ke depan.

YB Nik Nazmi memberi ucapan ketika Wacana Intelektual“Memang tanggungjawab utama adalah belajar tetapi kita tidak boleh menolak realiti ada sesetengah perlu mencari pendapatan dan ada sesetengahnya pula kerana memang berminat.

“Mungkin suatu masa nanti ada antara mereka menjadi usahawan sepenuh masa dan tentu kita akan memberi sokongan dengan mengambil kira tanggungjawab utama sebagai mahasiswa dengan minimakan risiko dan kekangan tertentu,” kata Nik Nazmi pada sidang medianya di Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya di sini, semalam.

Jelas beliau, bersesuaian dengan tuntutan pembelajaran seorang pelajar, skim pinjaman HIJRAH yang bakal ditawarkan itu juga berbeza.

Katanya lagi, pihak beliau sedang mengadakan perbincangan dengan pihak HIJRAH dan UNISEL sebelum dimasukkan dalam Belanjawan 2016 nanti.

Selain untuk pelajar UNISEL, Nik Nazmi menjangkakan skim sama turut ditawarkan kepada pelajar Kolej Antarabanfsa INPENS dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

EZY

Categories
SELANGOR

Pengusaha HIJRAH meriahi Rumah Terbuka Selangor

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 20 JUL: Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2015 menjadi landasan buat lebih 50 pengusaha makanan di bawah program HIJRAH mempromosi produk jualan apabila mereka terlibat secara rasmi sebagai penyedia juadah.

Exco kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata usaha itu diambil bagi mempromosi dan membantu mengukuhkan perniagaan peserta.

11224103_1039891182687558_7348244754594413433_n“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan memberi peluang untuk mempromosi produk makanan mereka.

“Sudah tentu ramai pengunjung dan ini peluang yang baik untuk peniaga bertemu dan melebarkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2015 di perkarangan Stadium Shah Alam, di sini, semalam.

Sambutan Rumah Terbuka Selangor 2015 disambut meriah dengan lebih 50,000 rakyat pelbagai kaum mengambil peluang bersua muka dan bersalaman dengan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan barisan kepimpinan negeri.

Sambutan kali ini penuh bermakna buat Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor apabila DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah buat julung kalinya berkenan mencemar duli menghadiri majlis rumah terbuka.

Majlis bermula jam 10 pagi dan berakhir 3 petang itu menyediakan 80 gerai makanan membabitkan peserta program Hijrah selain 12 keterer yang menyajikan pelbagai juadah, kebanyakkannya menu tempatan seperti sate, rendang daging, lemang, ketupat palas dan kambing golek.

HIJRAH diperkenalkan Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Program itu diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Kerajaan Negeri turut menaikkan siling peruntukan bagi kedua-dua dana ini kepada RM100 juta berbanding hanya RM70 juta sebelum ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Gagal pinjam Tekun, peniaga wanita lega dapat bantuan HIJRAH

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 10 JULAI: Beberapa peniaga wanita melahirkan rasa syukur kerana Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan mereka dan memudahkan pinjaman melalui skim  HIJRAH.

Pemilik Restoren Sha-Sya Delight, Siti Salwa Abd Razak, berkata dia sangat kecewa dengan skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang mengenakan syarat ketat hingga gagal memperolehnya selepas beberapa kali naik turun pejabat berkenaan.

Siti SalwaSiti Salwa, 42, berkata, usahanya untuk memohon pinjaman bank turut hampa apabila syarat yang dikenakan begitu ketat termasuk memerlukan penjamin.

Namun, dia bernasib baik apabila seorang rakan perniagaan memperkenalkan pinjaman HIJRAH yang diperkenalkan Kerajaan Selangor.

“Saya berniaga dah lama, cuma gerai tepi jalan sahaja. Kemudian buka restoran dan melalui HIJRAH saya dapat naik taraf perniagaan ini seperti sekarang.

“Saya dah cuba pinjam TEKUN, susah nak dapat. Bila jumpa wakil BN pun tak dapat tetapi berlainan dengan HIJRAH kerana sekali cuba dah dapat dan boleh nampak niat nak membantu,” katanya kepada Selangor Kini.

Dia yang mengusahakan restoran di Denai Alam itu memperoleh pinjaman Hijrah kira-kira tiga bulan lalu.

Salmah SaatSementara itu, seorang lagi peniaga makanan, Salmah Saat, 53, berkata dia berterima kasih kepada pegawai HIJRAH yang bersungguh-sungguh membantu golonagn terbabit yang memerlukan bantuan.

“Walaupun syaratnya tidak ketat seperti TEKUN atau pinjaman bank tetapi pegawainya bersungguh-sungguh tolong kami,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Bantuan HIJRAH lonjak jualan 10,000 botol syampu

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PAYA JARAS, 6 JUL: Pengasas syarikat Bunga Kosmetik Interprise, Arsidah Hiyah,35, teruja apabila pembiayaan modal kerja diperolehi melalui skim HIJRAH diperkenalkan Kerajaan Selangor berjaya merealisasikan impiannya mengeluarkan syampu jenamanya sendiri.

Pengusaha syampu berjenama Harum Syampu itu berkata, produknya itu sudah terjual hampir 10,000 botol hanya dalam masa dua bulan sahaja.

Arsidah Hijrah“Saya dapat pinjaman Hijrah dah lebih dua bulan lalu untuk saya buat modal keluarkan produk Harum Syampu ini dan Alhamdulillah selepas berada di pasaran dah terjual lebih 10,000 botol,” kata Arsidah kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Hijrah kepada 73 peserta HIJRAH pada 4 Julai lalu.

Jelas Arsidah, sambutan terhadap syampu khusus untuk wanita bertudung itu membuatkan beliau lebih yakin untuk mencapai sasaran 50,000 botol syampu sebulan.

“Buat masa sekarang syampu saya dijual oleh ejen seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan beberapa kedai kecantikan.

“Rancangan saya selepas ini untuk memasarkan lebih agresif di kedai kecantikan bagi mencapai sasaran 50,000 botol sebulan,” katanya lagi.

Arsidah memberitahu lagi, beliau juga merancang mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat lebih tinggi dengan mendapatkan pembiayaan Hijrah dengan jumlah lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Sementara itu, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, peserta program terbabit menerima pinjaman sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh memohon pinjaman tambahan sehingga RM50,000 jika membayar balik pinjaman secara konsisten.

Program Hijrah diperkasakan melalui Skim Mikrokredit (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dan diperkenal Kerajaan Selangor bagi melonjakkan golongan miskin berhijrah ke kumpulan berpendapatan menengah.

EZY

Categories
EKONOMI

HIJRAH: Konsep tabungan dalam pinjaman, sambil pinjam sambil menyimpan

Oleh: NORHAYATI UMOR

Program HIJRAH diperkenal Kerajaan Selangor bagi melonjak golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah melalui dana RM100 juta. Ikuti temu bual wartawan NORHAYATI UMOR bersama Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dr Monsor Othman.

Apakah falsafah dan misi penubuhan Hijrah?

Untuk membesarkan lagi golongan kelas menengah di Selangor. Sebab, kita tahu Selangor sebuah negeri kaya, paras kemiskinan angkanya kecil. Miskin tegar sifar, paras kemiskinannya empat peratus. Tidak tinggi berbanding dengan negeri lain. Jadi kita mahu hijrahkan mereka ke kelas menengah. Kerangka yang besar adalah untuk menbesarkan/ melebarkan kelas menengah di Selangor. Itu misinya.

Apa sasaran Hijrah tahun ini dan tiga tahun akan datang? Berapakah jumlah dana disediakan untuk program itu?

Pada dasarnya, masa mula-mula program dirangka untuk melebarkan golongan kelas menengah, mediumnya ialah memberi modal tambahan kepada peniaga kecil. Maknanya, skim ini ialah modal tambahan yang mudah, cepat dan tidak membebankan.

program-hijrahIsi borang, dalam 10 hari, peniaga boleh dapat pinjaman. Ia tidak membebankan seperti pinjam Ah Long, skim kita, skim tiga dalam satu itu. Dari segi sasaran, satu Dewan Undangan Negeri (DUN) 1,000 orang. Jadi maknanya RM56,000.

Pada permulaan Kerajaan Negeri memperuntukkan dana RM100 juta.
Jika mengikut sasaran, purata mungkin akan dapat pinjaman dalam RM40,000 hingga RM50,000 seorang.

Tahun ini, kita mula lancarkan pada tiga peringkat. Pertama 1,200 orang, peringkat kedua 2,350 orang dan peringkat ketiga lebih 3,000 penerima. Ini dalam masa dua-tiga bulan sahaja. Jadi, kalau hendak memenuhi sasaran, sebulan Hijrah kena memberi sekurang-kurangnya 2,000 penerima. Secara purata, dalam dua tahun.

Boleh jelaskan bentuk pinjaman yang disediakan, syaratnya, berapa lama kelulusan serta bagaimana tempoh bayaran balik?

Skim Tiga dalam Satu membabitkan mudah, cepat dan tidak membebankan. Mudah kerana tiada penjamin – hanya isi borang satu muka surat. Kemudian, panggil taklimat melalui wakil kita – pemimpin masyarakat setempat dan kumpulkan mereka serta beri taklimat mengenai konsep, skim pinjaman yang ditawarkan serta konsep dan keadahnya.

Sesiapa yang berminat, isi borang kemudian dalam 10 hari pinjaman lulus. Kita tawarkan skim pinjaman bermula RM3,000 hingga RM50,000.

Skim pinjaman dibayar mingguan. Ini berbeza dengan skim sebelum ini. Kali ini, kita kutip bayaran mingguan sendiri di premis perniagaan mereka.

MansorContohnya, peminjam akan memaklumkan tarikh dan waktu bila pembayaran dilakukan dan pegawai Hijrah datang kutip bayaran.

Cara kutipan ini menggalakkan interaksi lebih mesra dengan usahawan supaya kita boleh bentuk mereka menjadi usahawan berjaya. Contoh, kalau kita membuat bayaran di bank, kita akan ada masalah.

Seperti Tekun di USM, orang yang hendak bayar Tekun dulu, pergi ke bank, cari parking tak dapat dan balik. Datang semula esok, sampai bank pegawai tak ada pergi minum dan sebagainya. Dan seterusnya sehingga pinjaman tidak berbayar. Jadi lebih baik kita minta pegawai kita kutip.

Keduanya, pegawai datang kutip sambil ‘coaching’ (beri tunjuk ajar), bagaimana perniagaan, berniaga macam mana dan sebagainya. Ini yang kita panggil khidmat nasihat.

Kita juga beri taklimat dan kursus. Kaedah mengajar asas perakaunan, kaedah pemasaran, motivasi dan networking (rangkaian).

Apakah pinjaman Hijrah ini menepati syariah tanpa riba?

Kita sedaya upaya untuk tidak ada riba. Cuma kenakan kos perkhidmatan. Ia untuk beri khidmat nasihat secara profesional termasuk bengkel pembelajaran.

Ia membabitkan bimbingan anak-anak mereka untuk menjadi cemerlang seperti tips menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Maknanya, peminjam kita beri, anak mereka pun dapat faedah.

Berapa kos perkhidmatan yang dikenakan?

Kos perkhidmatan ialah lapan peratus dari jumlah pinjaman.
Kelebihan skim itu, walaupun kos perkhidmatan ditawarkan tetapi dalam skim ini terdapat simpanan.

Dalam bayaran setiap minggu, ia termasuk simpanan peminjam. Contohnya, bila selesai bayaran pinjaman, peniaga dapat wang simpanan mereka.

Contohnya, skim Hijrah 1, ambil pinjaman RM3,000, bayar mingguan RM42.30. Dalam nilai itu akan ada simpanan RM7.50. Jumlah bayaran 100 minggu, mereka dapat RM750 simpanan.

Kalau ambil RM50,000, peminjam dapat simpanan RM12,000. Kita tawarkan tempoh bayaran balik dari 50 minggu hingga 150 minggu.

Ini kelebihan dan keunikan Hijrah. Sambil pinjam sambil menyimpan. Inilah konsep tabungan dalam pinjaman.

Skim pinjaman dan tempoh bayaran balik terpulang pada pilihan peminjam, bukan kita yang tentukan.

Syaratnya berumur 18 tahun ke atas. Ada premis perniagaan, ada lesen perniagaan. Kalau berniaga guna lori bergerak, rumah mereka itu premis perniagaan.

Bagaimana dengan pemohon yang ada rekod tidak memuaskan dengan bank atau sebagainya?

program-hijrahKita tidak terima. Kerana jika pemohon ada rekod tidak memuaskan, ia menunjukkan disiplin mereka tidak bagus. Kita tidak mahu mengambil risiko. Kita mahu memberi peluang pada peniaga yang betul-betul memerlukan modal tambahan.

Kita tidak ambil apa-apa cagaran untuk dakwa mereka ke mahkamah. Kita lihat kepada ketulusan, kepercayaan, keupayaan. Kita kumpulkan peminjam, beri kursus. Kita tak lepas tangan. kita tidak mahu jadi seperti Mimbar. Kita tanam pokok, kita tidak letak baja, tidak siram air, macam mana pokok hendak tumbuh?

Dalam kerangka besar, kita mahu hijrahkan mereka ke status yang lebih baik. Kalau meniaga di gerai, lepas dua hingga tiga tahun, mereka ada restauran.

Apakah perancangan lebih terperinci?

Saya mahu kumpulkan peniaga dan membuka premis yang dinamai ‘Bazar Hijrah’. Kita bina bazar yang besar. Kita juga mahu wujudkan koperasi. Satu parlimen satu koperasi.

Selepas setahun, saya mahu membuat beberapa penambahbaikan. Mungkin kita boleh sediakan pinjaman kepada perniagaan atas talian.

Saya ingin buat koperasi, bazar dan khidmat bimbingan untuk anak-anak Hijrah. Juga adakan karnival besar-besaran setiap tahun.

Dalam dua tahun ini, saya mungkin akan mewujudkan koperasi dan mewujudkan karnival setahun sekali. Pemantapan mungkin mengambil masa lima tahun.

Bagaimana dengan respon sejak Hijrah dilaksanakan?

Sangat bagus. Sehingga ada individu jual borang Hijrah. Sebenarnya, program Hijrah tiada orang tengah. Kita bagi taklimat, konsep dan matlamat tanpa caj.

Ada individu ambil kesempatan dan janji masuk program dia lulus. Ada yang sampai RM300. Kita tegaskan, tidak pernah melantik mana-mana ejen. Borang mesti asli dan percuma. Boleh dapatkan di tiap-tiap cawangan.

Kita tidak kenakan bayaran untuk borang dan kelulusan dengan bayaran tertentu. Kita juga tidak pernah melantik sesiapa sampaikan taklimat hijrah. Ia hanya pegawai kita yang mempunyai identiti sah.

Apakah tindakan yang akan diambil jika mengesan ejen itu?

Kita akan buat laporan polis. Setakat ini, mereka dilapor aktif di Hulu Selangor, Serdang dan Shah Alam. Harapan supaya rakyat selangor tidak tertipu.

Ini menunjukakn sambutan itu bagus. Jika ada pertanyaan boleh hubungi 03-55212458. Bagi laporan, kita akan serahkan mereka kepada pihak berkuasa.

Harapan kepada peniaga di negeri ini?

Kepada peniaga kecil, kita mahu bantu dengan salurkan modal untuk tingkatkan perniagaan. Jadi rebutlah peluang ini.

Kepada peminjam, kita harapkan mereka bayar semula mengikut jadual supaya peminjam lain dapat rasai manfaatnya.

Categories
WANITA & KEBAJIKAN

Antara kepompong BR1M dan mandiri HIJRAH

Oleh MOHD EZLI MASHUT

Di mana-manapun, modal antara masalah paling besar buat kebanyakan usahawan tempatan memulakan mahupun memperkembang operasi perniagaan.

Namun, sebahagian pihak mengambil kesempatan hingga timbul anasir negatif seperti ceti haram dan ‘Ah Long’manakala pinjaman melalui bank mahupun TEKUN, perlu melalui remcam karenah.

Lain ceritanya di Selangor, program HIJRAH menjadi penawar buat usahawan tempatan melonjak operasi dari skala kecil kepada lebih besar.

Prosedurnya tidak rumit, bahkan mesra peminjam. Cukup dengan mengisi borang tertentu, dan kelulusan segera diperoleh asal sahaja peminjam bukan dari kalangan yang disenarai hitam.

Melalui suntikan peruntukan RM100 juta daripada Kerajan Selangor pimpinan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, peniaga boleh membuat pinjaman sehingga RM50,000.

Syaratnya juga tidak sesukar mana, malah proses bayaran pinjaman juga mesra dan tidak membebankan tanpa perlu kerisauan ‘dihambat’ seperti kelaziman organisasi kewangan lain.

Ini sama sekali berbeza dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ia ibarat panadol – melegakan sakit dengan cepat, tapi singkat. Kemudian, telan lagi untuk melegakan kesakitan yang berulang-ulang. Tidak pula sesekali menyembuhkannya.

Malah, BR1M tiada hala tuju dalam mengangkat taraf sosio ekonomi rakyat, sebaliknya terdedah kepada salah guna dan mudah tergelincir dari matlamat asal.

Paling buruk, BR1M gagal mendidik rakyat untuk berdikari dan jumlahnya pula hanya cukup makan, jauh sekali untuk memula mahupun memperkembang perniagaan.

Sejak dilancarkan pada 2012 sehingga kini, tiada laporan kemajuan diumum Kerajaan Persekutuan dalam melebar kelas menengah, sebaliknya penerima BR1M makin ramai tiap tahun.

Mengikut perangkaan, seramai 6.4 juta orang pada 2015 menerima bantuan itu tetapi soalnya wujudkan peluang untuk mereka keluar dari kepompong BR1M?

Sedar atau tidak, Kerajaan Persekutuan antara 2012 hingga 2015, hanya menabur BR1M berjumlah RM13 bilion sedangkan hasilnya entah ke mana? Rakyat kekal miskin, tidak langsung menganjakkan mereka ke kelas menengah.

Lalu, mereka terus-terusan dihimpit beban kenaikan kos sara hidup saban hari ditambah kesan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Tidak hairanlah Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengkritik BR1M yang dianggapnya sekadar mencipta sindrom kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Lainlah Selangor. Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh mahu mengangkat golongan miskin kepada kelas masyarakat yang lebih tinggi biarpun belanjanya bukan sedikit.

Sekalipun, ia menjadi bukti konkrit Kerajaan Selangor untuk menjadikan rakyatnya berdikari, seterusnya tidak lagi dibelenggu kemiskinan. Bukan sekadar ikan, bahkan umpan dan kail, malah pancing (joran) juga diberi.

Betapa tidak, HIJRAH muncul sebagai satu-satunya institusi yang menawarkan pinjaman, tabungan dan pelaburan dalam satu urus niaga selain menawarkan beberapa perkhidmatan lain.

Ia bukan sekadar membantu peniaga tetapi meluaskan perniagaan sekaligus menjana perkembangan ekonomi negeri. Ia juga merancakkan kelahiran usahawan baharu dan mencipta peluang pekerjaan.

Dengan sasaran 56,000 peserta bakal menerima manfaat melalui 56 DUN, HIJRAH dijangka mengupaya peniaga kecil untuk memperkembang bakat keusahawanan.

Seterusnya, ia menjadi pemacu bagi mencapai keadilan sosial dan pengagihan yang adil dan saksama, sekaligus membasmi kemiskinan di negeri ini.

Ini kerana negara memerlukan sistem yang mampu menyerlahkan potensi rakyat untuk membantu masyarakat lain. Bukan seperti BR1M yang langsung tidak mencipta sebarang peluang pembangunan ekonomi.

Malah, kita wajar mempelajari kejayaan sistem Bank Grameen yang diperkenalkan Profesor dari Universiti Chittagong, Dr Muhammad Yunus di Bangladesh yang mewujudkan ‘Bank untuk rakyat miskin’.

Bank Grameen adalah sebuah organisasi kredit mikro yang dimulai di Bangladesh yang memberi pinjaman kecil kepada orang kurang mampu tanpa cagaran.

Ia berdasarkan idea betapa orang miskin memiliki kemampuan yang boleh diperkasa jika menggunakan sistem yang betul.

Model itu menjadi inspirasi kepada 40 negara di seluruh dunia termasuk Bank Dunia yang mengiktirafnya sebagai jalan membantu penduduk miskin dan penduduk luar bandar.

Jelas, berbanding BR1M, ia ibarat jauh panggang dari api. Akan tetapi, matlamatnya jika tidak sama tapi banyak menyerupai konsep HIJRAH – suatu ikhtiar untuk membangunkan usahawan kecil sebagai strategi jangka panjang membasmi  kemiskinan, bahkan melonjak kekayaan.

Bukan mustahil, usahawan kecil hari ini, suatu hari kelak membina empayar perniagaan hingga ke peringkat antarabangsa, dengan HIJRAH sebagai batu loncatan awal.

Majlis Penyampaian Cek Pembiayaan Program Hijrah Selangor (Fasa 3)

Ucapan penuh Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di Majlis Penyampaian Cek Pembiayaan Program Hijrah Selangor (Fasa 3)

Peniaga OKU terharu terima suntikan hijrah

Lebih 10 tahun Lee Fan Kim berniaga makanan ringan di pasar pagi tanpa dibantu