Categories
SELANGOR

IPU Johor tidak sihat, Selangor sederhana

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 SEP: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pasir Gudang, Johor kini mencecah tahap sangat tidak sihat iaitu 201 setakat jam 9 pagi ini.

Berbanding semalam, kini terdapat enam lagi kawasan lain mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Kota Tinggi, Johor (135), Larkin Lama, Johor (187), Balok Baru, Pahang (158), Indera Mahkota, Pahang (135), Kemaman, Terengganu (148) dan Paka, Terengganu (108).

Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kebanyakan kawasan masih mencatatkan kadar IPU sederhana sementara baki yang lain dikategorikan sebagai baik.

IPU JEREBUDi Selangor, IPU masih dalam catatan sederhana termasuk di kawasan Banting (75), Kuala Selangor (52), Pelabuhan Klang (66), Petaling Jaya (64) dan Shah Alam (67).

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Semakan lanjut untuk mengetahui bacaan IPU semasa boleh dibuat di portal http://apims.doe.gov.my

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.