Categories
SELANGOR

Kenyataan Rahim fitnah dan menghasut

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 SEP: Dewan Di Raja Selangor menafikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah keluar daripada Islam seperti didakwa bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Setiausaha Dewan DiRaja Selangor, Hanafisah Jais, berkata dakwaan bahawa DYMM Sultan Selangor akan bertemu Pope di Vatican City juga adalah fitnah.

Tengku_Amir_Shah,_SelangorKatanya, kenyataan itu nyata berbaur hasutan dengan unsur fitnah yang boleh membangkitkan kebencian dan kemarahan umat Islam.

“Perbuatan ini dirasakan sengaja dilakukan beliau dengan niat jahat bagi mencemar dan mempersoalkan akidah Raja Muda sebagai seorang Islam dan secara langsung menyatakan baginda murtad.

“Akibatnya, banyak respon dan komen orang ramai terutama umat Islam menunjukkan kemarahan, kebencian dan cacian terhadap Raja Muda dan Sultan Selangor,” katanya dalam kenyataan media.

Pada 25 September lalu, Rahim melalui laman Facebooknya memberi komen pertukaran agama Raja Muda Selangor dan mengaitkannya sebagai perkhabaran menyedihkan umat Islam selain tragedi di Mekah juga Arafah.

Dewan DiRaja Selangor turut melahirkan kekesalan kerana Rahim tidak menyemak kesahihan maklumat diterima kerana perkara itu mudah dilakukan jika beliau bertanggungjawab.

Tamby ChikSehubungan itu, Hanafisah berkata Dewan DiRaja Selangor menyeru Rahim menghentikan serta-merta segala fitnah dan pembohongan itu.

“Pada masa sama, ingin dimaklumkan Raja Muda Selangor kini sedang menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom.

“Sekembalinya ke negara, baginda akan ditauliahlan di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.