Categories
SELANGOR

MPSJ sedia stesen pengecas kenderaan elektrik

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 30 SEP: Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) menawarkan pemasangan stesen kenderaan elektrik (EV Charge) percuma kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Yang Dipertuan MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata MPSJ menyediakan kawasan lapang atau kosong bagi stesen pengecas EV dan penggunaan elektrik.

“Ia sebagai usaha bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan kenderaan elektrik (EV) menjelang 2020.

Pengecas“Antara ditawarkan adalah Unit pengecas EV, Pemasangan dengan kerja pendawaian sehingga 10 meter dari kotak agihan, lukisan lantai dan papan tanda EV Charge, penyelenggaraan teknikal dan khidmat nasihat,” katanya.

Disamping itu, Nor Hisham berkata, setelah perbincangan bersama dengan pihak Jabatan Kejuruteraan beberapa lokasi dikenal pasti bagi pemasangan stesen kenderaan elektrik.

“Lokasi pertama terletak di parkir pelawat dan lokasi kedua terletak di parkir Kompleks 3C MPSJ.

“MPSJ juga akan memastikan keselamatan dan kebersihan stesen pengecas berada dalam keadaan baik keselesaan orang ramai,” katanya.

Selain itu, MPSJ menyokong pemasaran kenderaan elektrik yang semakin berkembang untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi meningkatkan kualiti udara bebas karbon.

Gambar: Utusan Online

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.