Categories
NASIONAL

Khalid: Letak jawatan ‘jika’ bermaruah

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 SEP: Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri demi memenuhi hasrat juga luahan rakyat Malaysia terutama mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0, pada 29 dan 30 ogos lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad, berkata Perdana Menteri yang bermaruah perlu berbuat demikian jika tidak mampu memberikan jawapan jelas berhubung kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penerimaan dana RM2.6 bilion.

khalid“Demi kepentingan negara dan untuk kembalikan keyakinan masyarakat antrabangsa, beliau perlu bercuti atau letak jawatan bagi membersihkan namanya,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Beliau akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat bagi membolehkan satu kerajaan peralihan dibentuk untuk tempoh terdekat demi menyelamatkan keadaan negara.

Khalid berkata, pembangkang yang dianggotai 89 orang hanya memerlukan sokongan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional bagi membolehkan hasrat itu tercapai.

Najib-1MDB“Apabila satu kerajaan peralihan dibentuk, kita perlu lakukan tiga perkara penting iaitu menyiasat kes 1MDB dan dana RM2.6 bilion sehingga selesai dan memansuhkan dasarmerugikan rakyat.

“Selain itu, pindaan terhadap peraturan pilihan raya yang lebih telus dan adil perlu dibuat. Selepas itu satu pilihan raya baru boleh diadakan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.