Categories
SELANGOR

Konvoi elak belia ke gejala sosial

Oleh: NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 1 SEP: Penyertaan belia dalam Program Jom Konvoi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mampu mengelakkan golongan itu daripada terjebak dengan gejala sosial.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata program tahunan yang dijalankan sejak 2007 itu bukan program yang membuang masa.

IMG_1111Katanya, hal itu kerana lima modul membabitkan keusahawanan, bebas jenayah, madani, sihat dan cergas serta cintakan alam sekitar diterapkan dalam program terbabit.

“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha untuk golongan dan kita antara yang terawal mewujudkan dasar belia.

“Saya percaya program ini bukan hanya program motosikal tapi juga belajar banyak perkara berfaedah secara tidak formal,” katanya selepas penutupan program itu yang turut dihadiri Yang DiPertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, di sini, hari ini.

IMG_0921Seramai 70 belia yang meminati aktiviti lasak terbabit dengan program di Subang Jaya ke Cameron Highlands seterusnya Tapah dan kembali ke Subang Jaya, pada 28 hingga 31 Ogos lalu.

Program Belia Madani Cegah Jenayah dan Keselamatan di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu mendapat kerjasama dari 1M4U, polis, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Majlis Daerah Cameron Highlands dan Majlis Daerah Tapah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.