Categories
NASIONAL

‘Korban’ Najib paling ditunggu

Oleh: AFEEQA AFFERA

SHAH ALAM, 22 SEP: Skandal politik yang membabitkan Perdana Menteri boleh selesai dengan mudah jika Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan serta-merta.

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata ia adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu rakyat ekoran kemerosotan ekonomi semakin kritikal di bawah pentadbiran Najib.

Najib-RM“Sempena Aidiladha Khamis ini, pengorbanan paling ditunggu-tunggu adalah jika Najib sedia berkorban meletakkan jawatannya demi masa depan negara dan 30 juta rakyatnya.

“Biarkan keadilan undang-undang memainkan peranannya selepas itu,” tulisnya di blog.

Terdahulu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, berkata nilai ringgit bakal naik semula jika isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

Beliau berpandangan penyelesaian skandal itu membolehkan susutan nilai ditanggung matawang dipulihkan.

Skandal 1MDB mengundang perhatian seluruh negara termasuk isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

Perkara itu menyebabkan keyakinan pelabur asing semakin terjejas dan terus diperkatakan di media antarabangsa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.