Categories
NASIONAL

Lapan kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 SEP: Lapan kawasan mencatatkan Indek Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 10, pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat adalah Larkin Lama di Johor dengan bacaan tertinggi iaitu 127, diikuti Balok Baru, Kuantan (124).

Selain itu, Bandaraya Melaka mencatat bacaan 116, Muar, Johor (115), Bukit Rambai (112), diikuti Pasir Gudang di Johor dan Indera Mahkota, Kuantan masing-masing mencatatkan 110 dan 108. Bacaan IPU di kawasan Samarahan, Sarawak pula 104.

Jerebu SatelitSebanyak 29 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana dengan Kemaman, Terengganu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 99, diikuit sarikei, sarawak dan Paka, Terengganu mencatatkan bacaan yang sama iaitu 85.

Sementara itu, 14 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.