Categories
SELANGOR

MB: Skim Perumahan Tentera dikaji dilaksanakan

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 8 SEP: Skim perumahan khusus bagi golongan pesara tentera bakal dikaji untuk dilaksanakan di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata inisiatif itu sesuai dengan permintaan golongan itu yang tidak mempunyai simpanan kukuh selama berkhidmat dalam kerajaan.

“Semalam saya bertemu wakil pimpinan Yayasan Perwira terdiri daripada pegawai tertinggi tentera yang mahu libatkan PKNS membina rumah pesara yang banyak berkorban.

kota puteri 2“Ini bukti bahawa masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada Kerajaan Negeri dan PKNS yang terbukti menyediakan rumah berkualiti kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku Idaman PKNS Kota Puteri di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Alifiah.

Pada masa sama, Mohamed Azmin juga memberi jaminan Kerajaan Negeri terus mengawal harga rumah agar tidak terlalu membebankan rakyat walaupun kos bahan binaan terus meningkat.

“Ini adalah cabaran besar Kerajaan Negeri dan harap semua pihak faham pembinaan ini melibatkan ‘market forces’.

“Bagaimanapun, kita cadangkan untuk kurangkan kos pembinaan dengan menerokai teknologi baru yang mampu mengurangkan tempoh pembinaan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.